in

“Itu contoh ajaran sesat orang dulu” – Lelaki Ajar Cara Betul Buang Air Dalam Hutan, Bukan Minta Izin “Atok Nenek”!

ft kencing dalam hutan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang suka meredah hutan, pastinya akan terdengar beberapa pantang larang, antara yang paling famous  kita pernah dengar adalah meminta izin kepada ‘atok nenek’ kita.

Sehubungan itu, seorang TikToker, @tuan_hutan rasa terpanggil untuk memberikan tips-tips kepada mereka yang ingin meredah hutan kelak jika ingin buang air kecil.


Artikel Berkaitan : “Jangan puji bayi baru lahir” – Ini Antara Pantang Larang Orang Asli Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Artikel Berkaitan : Ingat Lagi Tak Pantang Larang Nenek Moyang Kita Dulu-dulu? 7 Ni Yang Paling Femes!

Seringkali kongsi tips jika berada di hutan, lelaki ini dakwa bahawa kaedah meminta izin itu adalah mitos semata-mata.

“Eh mana ada atok nenek aku dalam hutan ni, atok nenek aku kat kubur, cara buang air kecil dalam hutan, benda mudah tapi ramai yang salah.”

Katanya buang air di sungai dan di dalam sungai itu adalah satu perkara yang tak elok, jika sedang berendam dalam sungai, ada kebarangkalian untuk dijangkiti kuman di bahagian pundi kencing itu seandainya buang air kecil di dalam air.

Katanya lagi, lakukannya di batu-batu, malah seandainya berada di tengah hutan, buat satu lubang di tanah dan buang air kecil di situ sebelum timbus semula. Boleh rujuk caranya di bawah ini.

@tuan_hutan

Part 2 : Ini adalah satu disiplin untuk membuang air kecil dan besar didalam hutan. Semoga bermanfaat #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #ilmuhutan #hikingtiktok #tenteradarat #sniper #picnictiktok #kakikencing #berkelah

♬ original sound – TUAN HUTAN – TUAN HUTAN

Lelaki ini juga melarang untuk buang air di bahagian perdu pokok dan mana-mana lubang jika ternampak, ini kerana ia mungkin terkandung haiwan-haiwan seperti ular, tikus, landak dan sebagainya.

Dia juga tidak galakkan untuk orang kencing di bahagian aliran semut kerana telah menganiaya haiwan. Menerusi rungan komen pula, lelaki ini menjelaskan bahawa niat untuk buang air hanyalah baca doa masuk tandas.

Malah, menurut lelaki ini, dakwaan yang ingin meminta izin atok nenek seperti yang digembar gemburkan itu adalah satu perkara ajaran sesat orang dulu-dulu.

Hurm, min pun baru tahu benda ni, semoga info ini bermanfaat buat anda semua.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.