Memandangkan diri sebagai seorang figura awam, pastinya akan ada pihak yang cuba untuk menyamar menjadi dirinya sepertimana yang berlaku kepada pelakon Mira Filzah ini.
Menerusi IG Story miliknya semalam, ada pihak menyamar sebagai dirinya untuk mendapatkan tajaan menerusi Whatsapp.
Minta sponsor biskut
Perkara ini mula diketahui oleh Mira sendiri apabila jiran kepada orang terdekatnya yang membuat perniagaan biskut mendapat satu mesej WhatsApp oleh individu yang mendakwa dirinya adalah Mira Filzah, bimbang dengan kesahihan, orang terdekat bertanyakan perkara ini kepada tuan empunya badan.
Jadi, Mira menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu bukanlah dirinya dan menegaskan kepada orang ramai bahawa dirinya tidak pernah meminta apa-apa tajaan menerusi WhatsApp.
Kenyataan ini dibuat untuk menjelaskan kepada ramai pihak agar tidak mudah tertipu dengan ‘umpan’ pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan. Jadi Mira rasa better Mira post dekat sini. Kalau ada sesiapa minta sponsor apa-apa melalui WhatsApp, itu bukan Mira.”
Jadi, kalau ada nombor yang mesej guna nama orang tu, harap beringatlah, tak semestinya ianya sahih.
Baca : Sebaris Dengan Park Shin Hye & Bella Hadid, Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020!