Pelakon senior, Ellie Suriaty Omar menegur kakak kepada Ruhainies iaitu Risteena Munim berhubung dengan kenyataan dan tindakannya untuk saman mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah terhadap adiknya itu.
Ia susulan insiden yang terpalit pelakon, Ruhainies dan seorang aktor lelaki baru-baru ini sehingga menjadi buah mulut orang ramai.
Artikel berkaitan : “Cuma 30 minit” – Dakwa Fakta Laporan Tak Tepat, Ruhainies Nafi Jawi Tunggu Sampai 3 Jam
Artikel berkaitan : Warganet Banjiri Ruang Komen Di IG Lepas Gambar-gambar Lama Bella Astillah & Ruhainies Tular
Oleh itu, Ellie Suriaty berpendapat bahawa adalah satu perbuatan tidak beradab apabila adik kepada aktres berkenaan melakukan pengkhianatan terhadap kawan baik sendiri.
“Tak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali.”
Kata Ellie menerusi rungan komen di Instagram itu, sikap negatif Ruhainies adalah satu pengkhianatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang kawan.
“Kawan baik tu langsung tak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim dari seorang kawan baik. Nak saman?”
Ellie juga ada membalas komen netizen dengan menegaskan bahawa sebagai anak seni, mereka juga tahu batas pergaulan sewaktu berlakon lebih-lebih lagi apabila berstatus suami orang.
Bahkan Ellie juga menemplak mana-mana pelakon yang sering mewujudkan rasa cinta lokasi di antara pelakon.
“Selalunya kami yang bekerja dalam industri kreatif ini, kita jaga ruang dengan rakan lakon terutamanya suami orang. Lebih-lebih lagi pelakon lelaki itu suami kawan baik sendiri. Siapa pula yang ajar nak kena ‘berlakon’ kononnya nak kena feel lebih antara dua hero dan heroin?”
“Yang feel terlebih tu diri sendiri, tuntunan watak boleh sahaja panggil ‘kau aku’ tapi bila camera roll watak yang berperanan, bukan personaliti diri kita yang menguasai watak itu.”
“Kalau diri kita yang beradab, maka watak itu tak menjadi, yang jadi adalah layan cinta lokasi tapi watak kelaut. Saya seorang guru lakonan.”
Ellie juga menyifatkan bahawa Ruhainies tidak berhati perut kerana sanggup muat naik video mesra bersama Aliff di media sosial biarpun hanya sekadar lakonan.
“Itulah jenis kawan yang tidak ada sikap perikemanusiaan, tak ada hati perut. Sangat biadap sikapnya muat naik video mesra luar biasa di set penggambaran feeling-feeling dengan suami kawan baik.”
Risteena dikatakan ada memberi laporan kepada netizen agar lebih berhati-hati menulis komen terhadap situasi yang berlaku kepada Ruhainies tentang kejadian ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.
Jelas Risteena, adiknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu yang mengeluarkan sebarang spekulasi berbaur fitnah.
Sumber : mStar Online