in

Isu Perkataan ‘Bismillah’ Diganti ‘Kakugo Shiro’ Dalam Movie Mechamato Versi Jepun, Ini Penjelasan Dari Penerbit…

Z6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui ramai, animasi dekat Malaysia ni memang bertaraf antarabangsa sehingga dikenali sampai luar negara tau! Ini termasuklah animasi Upin dan Ipin, Ejen Ali, Boboiboy dan juga Mechamato.

Yang membanggakan, Mechamato Movie telah melakar sejarah di Malaysia dengan menjadi filem animasi terlaris sehingga menembus pawagam luar negara dan disambut baik oleh orang ramai terutamanya di Jepun. Sudah tentu, ia juga meraih sejumlah peminat yang besar di negara itu.


Z4

Disebabkan tu, studio penerbitannya, MONSTA telah bekerjasama dengan beberapa pelakon suara di negara Matahari Terbit itu untuk menghasilkan filem tersebut dalam versi bahasa Jepun.

Apa yang mengejutkan, ada di antara pengalih suara tersebut merupakan individu terkenal dalam industri anime Jepun seperti Ayumu Murase yang memegang watak Amato manakala Yoshitsugu Matsuoka pula memainkan watak Mechabot. Ia juga telah pun mula ditayangkan di pawagam Jepun sejak 19 Januari yang lalu.

Namun begitu, timbul pula satu isu di mana perkataan ‘Bismillah’ yang diucapkan oleh watak Maskmana dalam movie asal telah digantikan dengan ucapan ‘Kakugo Shiro’ dalam versi Jepun yang juga membawa maksud ‘persiapkan diri anda’.

Z5 1

Artikel berkaitan: “Sampai nangis sebab excited” – Peminat Mechamato Teruja Dapat Tengok ‘Kota Hilir’ Di Melaka

Artikel berkaitan: “Tiada unsur negatif” – Ibu Bapa Di Jepun Dedah Punca Mechamato Jadi Pilihan Kanak-Kanak

Berikutan tu, penerbit filem tersebut, Nizam Abd Razak telah tampil memberi penjelasan mengenai isu ni. Katanya, pihaknya baru mengetahui tentang perkara tersebut beberapa hari sebelum tayangan premier di Jepun.

“Kami sendiri baru mengetahui tentang perkara ini beberapa hari sebelum tayangan premier tempoh hari.”

“Tiada apa yang dapat dilakukan kerana proses recording memerlukan masa yang lama untuk diatur.”

Tambahnya lagi, pihak dubbing tersebut mengatakan yang penukaran perkataan itu dibuat supaya penonton di Jepun lebih memahami konteks filem ni.

Walaupun begitu, pihak Nizam masih mahu mengekalkan ‘Bismillah’ itu kerana adegannya merupakan highlight dalam filem.

“Selepas mengetahui tentang perkara ini, kami terus menghubungi recording studio dan pelakon suara.”

“Insya-Allah ianya akan kembali ke ‘Bismillah’ dalam release akan datang di dalam platform lain tetapi tidak sempat untuk versi tayangan di Malaysia.”

Kalau korang nak tahu, Mechamato versi Jepun bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada 25 Januari ni.

Tak sabarnya! 

Sumber: Harian Metro, TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.