in

“Isu penyondol.. sangat sensitif” – Pengarah Dah Lama ‘Pangkah’ Artis Kontroversi

artis 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Datuk A Aida telah mengumumkan bahawa dia tidak akan bekerjasama lagi dengan mana-mana artis yang terpalit dengan kontroversi.

Selain Datuk A Aida, penerbit dan pengarah Dr Ahmad Idham juga turut ‘memangkah’ artis bermasalah sejak dahulu lagi. Manakala pengarah dan penerbit drama Nur, Shahrulezad Mohameddin juga tidak menolak untuk membuat tindakan yang sama.


artis 1
Sumber: The Star

Artis begini menjejaskan produksi

Menerusi laporan Harian Metro, Ahmad Idham akan memastikan dahulu artis tersebut tidak terlibat dengan apa-apa kontroversi sebelum memulakan penggambaran. Ketegasannya ini sudah dipraktikkan sejak kewujudan media sosial lagi.

Saya sudah praktikkan sejak di era sebelum kewujudan media sosial lagi. Sebelum apa-apa terjadi, saya akan pastikan mengambil artis yang takkan mendatangkan masalah.

Artikel berkaitan: “Sorry artis yang pernah jadi kesayanganku” – A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Bagi 3 ‘Job’ Drama Bella Astillah

Artikel berkaitan: Kecoh Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Dilihat Menerusi CCTV Kondo?

Selain itu, dia menjelaskan artis sebegini akan membuatkan syarikat produksi terpaksa menanggung rugi dan berkemungkinan besar stesen televisyen akan menolak projek tersebut.

Golongan ini memang akan menjejaskan produksi. Ia akan membawa kesusahan di mana produksi menanggung rugi dan terpaksa keluarkan kos tambahan. Itu belum lagi jika stesen TV tolak projek itu.

Dulu nasib baik media sosial tak ada, berita itu kadang-kadang lambat. Kami sempat cover dan buat damage control, sempat tukar artis sebelum ia jadi kecoh. Kadang-kadang perkara sebegitu mendatangkan kesan ke peringkat stesen TV. Stesen akan tarik balik projek itu kalau tak boleh disempurnakan.

Bagaimanapun, Ahmad Idham mengakui pernah berdepan dengan kerenah artis yang terlibat dengan kes mahkamah, tidak bangun pagi, bercerai dan mengambil dadah ketika penggambaran.

artis 2
Sumber: Berita Harian

Isu penyondol sangat sensitif bagi penonton

Shahrulezad pula berpendapat dia tidak akan terus blacklist artis kontroversi sebaliknya akan menyiasat terlebih dahulu apa yang terjadi. Namun, dia mungkin akan berbuat demikian jika perlu.

Biasanya kami akan siasat dan fikir kenapa perkara itu berlaku. Kadang-kadang mereka akan ada alasan tersendirilah yang semestinya berpihak kepada mereka. Saya juga mungkin akan ambil tindakan seperti dibuat Datuk A Aida.

Tapi sebelum itu saya akan siasat betul-betul dan teliti adakah wajar untuk boikot, blacklist, rasa ada salah faham di situ dan beri peluang, atau rehatkan mereka sekejap.

Pendekatan ini dibuat kerana dia tidak mahu membuat keputusan mengikut emosi dan menasihati para pelakon juga menjaga reputasi masing-masing kerana ia akan memberi kesan kepada pihak produksi dan stesen televisyen.

Akan ada unsur boikot-memboikot sebab stesen TV akan mengelak ketengahkan artis bermasalah buat sementara waktu dan ia akan tetap menjejaskan produksi. Walaupun kami ada hubungan baik dengan pelakon itu sendiri, akan jadi masalah bila stesen TV cakap bahaya kerana akan membabitkan rating.

Kebanyakan penonton drama di Malaysia majoritinya wanita. Kita kena faham isu-isu sebegitu, pasal penyondol, sangat sensitif. Mereka akan boikot dan tak peduli kontroversi itu betul atau tidak.

Sedih juga bila jadi macam ni.. produksi pula yang kena kena tanggung rugi…

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.