in

Isu Pengawal Keselamatan Wanita Suruh Lelaki Pakai Tudung, Masjid Negara Mohon Maaf

collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki berambut panjang telah ditegur oleh seorang pengawal keselamatan wanita di Masjid Negara.

Video tersebut menunjukkan pengawal wanita tersebut menyuruh lelaki ini untuk keluar dari masjid dan memakai jubah dan tudung yang disediakan di luar.


Tapi selepas diberitahu bahawa dia merupakan seorang lelaki, wanita tersebut dilihat enggan mengalah dan masih menyuruh lelaki tersebut menutup kepalanya.

Artikel berkaitan: Tular Kes Lelaki Berambut Panjang Ditegur Diminta Tutup Aurat, Pihak Masjid Negara Mohon Maaf Secara Terbuka

Artikel berkaitan: Netizen Terpegun Lihat Makcik ‘Cleaner’ Sembang Dalam Bahasa Jepun Di Masjid Negara

Ekoran ini, Masjid Negara Malaysia melalui Facebook telah mengeluarkan permohonan maaf terbuka ke atas individu yang terlibat dalam video viral tersebut.

Menurut pihak pengurusan masjid, mereka mengambil serius tentang perkara tersebut serta memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Tambah mereka lagi, pengawal keselamatan tersebut yang dilantik melalui pihak ketiga telah pun diberikan teguran agar lebih peka semasa menjalankan tugas.

Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan pengawal keselamatan wanita tersebut.”

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mengatakan bahawa pengawal-pengawal keselamatan di sana memang ramai yang bersikap demikian. Malah ada yang mengatakan kanak-kanak yang datang ke sana pun sering dimarahi kerana bermain di dalam masjid.

Screenshot 2024 04 08 at 11.27.52 AM down

Dalam kenyataan yang sama, pihak pengurusan juga turut menambah bahawa pengunjung Masjid Negara juga boleh mengemukakan aduan terhadap apa-apa tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas yang disediakan bersama butiran mereka agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

Ok nasib baik Masjid Negara pun dah minta maaf. Takpelah mungkin makcik tu puasa, so tak boleh nak berfikiran dengan baik.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.