Semalam, heboh di media sosial apabila tular sebuah video yang memaparkan dua staf bas ekspress dikatakan bermadu kasih serta bercumbu ketika sedang bekerja.
Video berkenaan membuatkan ramai netizen memberikan kecaman terhadap dua individu tersebut, pun begitu hari ini sebuah pengakuan dibuat oleh seorang netizen yang mendakwa perkara itu fitnah dan dia merupakan salah seorang penumpang bas berkenaan.
Artikel berkaitan: “Sorang pegang stereng, sorang tolak gear” – Viral Video Pemandu Bas Didakwa Bercumbu Ketika Bekerja
Artikel berkaitan: [VIDEO] Didakwa Terlajak Simpang Sampai 1KM, Penumpang Panik Bas Ekspres Dipandu Mengundur
Menurutnya, pemandu bas wanita serta staf syarikat bas berkenaan tidak bercumbu atau bermesra seperti yang tular sebelum ini, sebaliknya pekerja lelaki itu sedang membetulkan sesuatu di bahagian belakang tempat pemandu bas.
“Driver lelaki tu sedang betulkan something dekat radio box belakang seat driver tu.
Aku dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kitorang lagi dekat berbanding dengan perempuan yang rakam tu,” tulisnya.
Berkenaan kelewatan bas tersebut, wanita tersebut mendakwa perkara itu sudah diberitahu lebih awal dan bas berkenaan sebenarnya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di samping hujan lebat yang berlaku ketika itu.
Selain itu, wanita tersebut turut memberitahu perjalanan bas itu tiada henti dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin dan kemudian ke TBS semula.
Sumber: X