Min yakin, kalau korang sejenis yang suka online shopping ni, mesti akan suka feeling parcel sampai depan rumah kan? Teruja, seronok semua tu takyah cakap lah… Sebab min pun sama!
Boleh dikatakan perasaan bila terima parcel ni macam bawa satu kebahagiaan untuk seseorang lagi-lagi kalau dah lama tunggu bungkusan untuk sampai depan rumah. Ada juga yang dah place order, terus check banyak kali bila nak sampai. Hihihi…
Tapi, sejak kebelakangan ni banyak juga isu parcel tak sampai-sampai walaupun dah berminggu lamanya. Bila check balik status dalam apps, tak ada sebarang update pun yang dibuat. Agak-agak korang sebab apa?
Baru-baru ni ada satu posting yang dimuat naik di Twitter mendedahkan kemungkinan sebab parcel-parcel tersebut tak sampai kepada penerima apabila dikatakan ada courier yang tak bertanggungjawab melakukan bisnes ‘unclaimed parcel’.
“Kita offer 1 parcel RM50. kalau barang rosak, boleh tukar”
‘Bisnes’ tersebut telahpun tular di Facebook apabila ada yang memuat naik status dengan memberikan promosi bayaran berharga RM50 untuk satu parcel yang dipilih sendiri malah sekiranya pembeli tak berpuas hati, mereka diberikan peluang untuk menukar bungkusan.
“Pay RM50, pilih 1 parcel then buka depan kedai… Kalau barang rosak, kita bagi parcel lain, jangan risau” – Tulis courier di FB
Perkongsian tweet tersebut telah mendapat perhatian netizen dengan mengatakan bahawa pihak courier tak sepatutnya melakukan tindakan itu kerana barang tersebut amanah yang perlu disampaikan dan boleh jatuh hukum haram kerana mempunyai unsur judi.
Tak kurang juga yang mengharapkan agar orang ramai tak terlibat dengan ‘bisnes’ yang dibuat oleh pihak courier ini supaya tak dianggap sebagai mengambil hak orang lain. Ramai kata dah macam cedok-cedok yang viral tu dah…
Baca: “Ada unsur gharar” – Penjelasan Secara Terperinci Kenapa Kedah Jual Secara Cedok Di TikTok Haram