Rasanya ramai di antara kita pernah dengar tentang Rancangan Makanan Tambahan atau RMT kan? Selalunya di sekolah, pelajar yang kurang berkemampuan akan terlibat dalam RMT ini dan akan diberikan makanan percuma setiap kali masa rehat.
Kalau korang ada kawan yang dapat RMT ni, mesti terliur je kan tengok dorang dapat makanan sedap-sedap masa rehat setiap hari.
“Ini makanan untuk siapa? Ayam?”
Pun begitu, lain pula alkisahnya baru-baru ini apabila seorang individu di Facebook bernama Zurina Hassan telah mendedahkan kualiti makanan RMT yang sangat menyedihkan. Hanya nasi putih dan kuah kosong!
Menurut wanita ini, sebelum ini juga ada murid sekolah yang mengadu makanan RMT mereka tidak sedap.
Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT.
“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?
“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?” tulisnya
https://www.facebook.com/zurinahassan/posts/10159883227382089
“Sedihnya budak RMT dapat gini”
Posting berkenaan ternyata mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata sangat bersimpati dengan nasib pelajar yang menerima makanan RMT ini.
Namun ada juga yang merasakan sama ada wanita tersebut atau pihak berwajib perlu menyiasat betul-betul isu tersebut kerana bimbang kemungkinan besar makanan itu sebenarnya telah dimakan oleh pelajar berkenaan.
“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid”
Isu ini kemudian telah mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin menerusi satu postingnya di Facebook.
Menurut Radzi, beliau memandang serius mengenai dakwaan tersebut dan telah mengarahkan siasatan dijalankan termasuk mengenalpasti sekolah berkenaan.
https://www.facebook.com/DrRadziJidin/posts/477993150364496
Selain Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik juga pada masa yang sama meluahkan rasa tidak puas hatinya akan hal tersebut dan meminta supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menaikkan kadar RMT supaya pelajar dapat menikmati makanan yang lebih berkualiti.
Apa-apapun sebelum membuat sebarang komen, lebih baik kita tunggu siasatan dari KPM. Sedih juga kalau betul itu makanan RMT pelajar sekolah.
Baca: Viral Jadual ‘Bentuk Hukuman Yang Dilarang’, KPM Nafi Keluar Arahan Hukum Guru ‘Berleter’