Semalam, kecoh isu Chris Rock dilempang Will Smith semasa siaran langsung Anugerah Akademi atau Oscars yang ke-94. Kejadian yang telah mengejutkan ramai pelakon-pelakon dan para penonton yang menyaksikan majlis itu telah pun trending di laman sosial.
Untuk recap, Will Smith bertindak untuk naik ke atas pentas dan melempang Chris Rock kerana pelawak tersebut telah mempersenda fizikal isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith; menyamakan dia dengan watak G.I Jane yang botak dalam filem tersebut.
Pun begitu, Will Smith telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak penganjur dan para tetamu yang hadir. Dia juga telah menerima anugerah Pelakon Terbaik bagi filem King Richard selepas insiden tersebut.
Will Smith’s acceptance speech as he wins his first ever #Oscar pic.twitter.com/qKVTOb7V6Q
— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) March 28, 2022
Anugerah Will Smith ditarik balik?
Walau bagaimanapun, banyak perbincangan yang mengatakan Will Smith mungkin diminta untuk menyerahkan kembali anugerah yang diterimanya itu berikutan insiden yang terjadi. Hal ini kerana, ramai yang beranggapan tindakan tersebut merupakan salah satu jenis serangan secara langsung, menurut The Post.
“Ia pada dasarnya adalah serangan. Semua orang di dalam dewan sangat terkejut dan suasana menjadi sangat tak selesa. Namun, saya rasa Will tak mahu kembalikan Oscarnya. Tapi, siapa tahu apa yang akan berlaku nanti.”- kata salah satu sumber Hollywood.
Sementara itu, pihak Akademi secara rahsia dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter rasminya; “Akademi tak membenarkan keganasan dalam apa jua bentuk. Malam ini (semalam), kami berbesar hati untuk meraikan pemenang Anugerah Akademi ke-94 yang layak menerima pengiktirafan daripada pencinta filem seluruh dunia”.
The Academy does not condone violence of any form.
Tonight we are delighted to celebrate our 94th Academy Awards winners, who deserve this moment of recognition from their peers and movie lovers around the world.
— The Academy (@TheAcademy) March 28, 2022
Di samping itu, pengarah filem ‘Knocked Up’, Apatow sangat mengkritik tindakan Smith melalui tweetnya yang telah dipadam;
“Dia boleh membunuhnya (Chris Rock). Itu adalah satu kemarahan dan keganasan yang tidak terkawal. Mereka dah dengar berjuta-juta jenaka sepanjang tiga dekad lalu. Jadi, mereka bukan orang baru dalam dunia Hollywood dan komedi. Dia hilang akal.”
Manakala, CEO AMPAS Dawn Hudson pula mengatakan bahawa tiada tempat di Akademi untuk mereka yang menyalahgunakan status, kuasa atau pengaruh dengan cara yang melanggar piawaian kesopanan. Selain itu, pihak Akademi juga secara mutlak menentang sebarang bentuk penderaan, gangguan atau diskriminasi atas dasar jantina, orientasi seksual, bangsa, etnik, ketidakupayaan, umur, agama atau kewarganegaraan.
“Kejadian melibatkan seorang individu menampar seorang lagi. Individu terbabit enggan membuat laporan polis. Sekiranya pihak terbabit mahukan laporan polis di kemudian hari, LAPD akan bersedia untuk melengkapkan laporan siasatan.”
Pun begitu, dari segi undang-undang, Smith dilihat tidak bersalah menurut Jabatan Polis Los Angeles ketika memberitahu The Post dalam satu kenyataan mengenai kejadian itu.
Sumber: NewYork Post
Baca: Mengaku Gagal Kawal Emosi, Will Smith Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Chris Rock