Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita pensyarah dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghina pelajarnya hanya kerana tidak mempunyai komputer riba untuk sesi pembelajarannya.
Bukan itu saja, isu ini menjadi lebih panas apabila pensyarah tersebut menyentuh tentang keadaan kewangan pelajar tersebut dan merendahkan golongan B40. Kurang dari 24 jam selepas tular, pemilik akaun Twitter itu pula menyahaktifkan media sosialnya.
Sehubungan itu, pihak pengurusan tertinggi UiTM telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari ini (1 April) di Facebook mengenai status terkini tugas pengajian pensyarah Professor Dr. Roshana Takim.
https://www.facebook.com/uitmrasmi/posts/1668175273532250
Difahamkan dari kenyataan tersebut, pensyarah itu akan direhatkan bermula 1 April ini sehingga proses siasatan lengkap dijalankan. Ujar pihak UiTM lagi, ianya dibuat bagi membantu keterangan dapat diberikan dengan lengkap dan teliti.
“Itu yang terbaik…”
Sementara itu, menerusi akaun Facebook TV3 yang memuatnaik perkara yang sama mendapat respon dari netizen yang rata-rata menyokong keputusan itu dibuat bagi memastikan kebenaran dapat dirungkai.
“Moga di selesai kn dgn baikkk…kuat nyaaa fitnah akhir zmn..cuai jer ada yg merakam..hati² ketika berbicara…” – Komen netizen di Facebook
Sebelum ini, isu pensyarah ini telah tular apabila seorang pengguna yang dipercayai merupakan pelajarnya telah memuat naik video semasa sesi pembelajaran sehingga mendapat perhatian netizen.
Semoga semuanya dimudahkan ya… Korang yang lain, sama-sama tunggu dengan min untuk tahu update okay?
Baca: “Dia usahakan laptop untuk pelajar tu” – Isu Pensyarah Hina Pelajar, Rupanya Ada ‘Plot Twist’?