Kecoh diperkatakan semalam mengenai isu filem ‘Mentega Terbang’ yang didakwa mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam.
Susulan teguran yang dibuat rappers terkenal, Caprice yang mendesak pihak berwajib mengambil tindakan terhadap pembuat filem tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar mengeluarkan satu kenyataan media.
“Terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara hidup Islam di Malaysia”
Menerusi kenyataan tersebut, Dr. Naim menjelaskan bahawa dia telah menerima pelbagai pandangan dan reaksi masyarakat awam yang gusar dengan penayangan filem Mentega Terbang.
Sehubungan itu, dia telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti kandungan filem tersebut dan badan berkenaan mendapati terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mahzab Syafie dengan filem itu.
https://www.instagram.com/p/CpPtprcpseV/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
“Pihak JAKIM telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.
“Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya.
“Ingin ditegaskan, bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan para penggiat seni kreatif untuk berhati-hati dalam menerbitkan apa-apa bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat kerajaan menuju Negara Madani tercapai.
“Caprice tabik sama YB”
Kenyataan media yang dimuat di Instagram Menteri Agama tersebut mendapat pelbagai komen positif netizen yang mana rata-rata mahu pihak berwajib segera mengambil tindakan.
Caprice pada masa yang sama meninggalkan komen terima kasih atas respon pantas menteri berkenaan.
Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan selanjutnya.
Baca: Caprice ‘Sound’ Menteri Isu Filem ‘Mentega Terbang’, Promosi Unsur Bercanggah Dengan Islam