in

Isu Berpakaian Tak Sopan Di Balai, ADUN Dikecam Kerana Samakan Wanita Dengan ‘Barang’

dr azman ibrahim 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial baru-baru ini digemparkan dengan isu wanita yang dikatakan tidak dilayan oleh pihak berkuasa untuk membuat laporan di balai polis hanya kerana tidak berpakaian sopan.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Dato’ Nancy Shukri iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau merasakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan sebuah bentuk kecemasan.


Namun begitu, hari ini tular sebuah tweet yang dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi iaitu Dr Azman Ibrahim yang seakan menyamakan wanita dengan ‘barang’.

“Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. Kaedah pembungkusan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Kalu main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah,” tulisnya.

ADUN tersebut juga memuat naik tangkap layar petikan sebuah artikel yang memaparkan kenyataan YB Young Syefura berkenaan isu tersebut.

“Benda dalam kecemasan” 

Tweet berkenaan menimbulkan kemarahan netizen dan ramai yang merasakan ianya sesuatu yang tidak betul kerana situasi tersebut dikira sebagai kecemasan.

Malah, ada juga yang beranggapan ADUN berkenaan telah menjatuhkan martabat seorang wanita apabila dia menyamakan wanita dengan barang.

cats 11

Selain itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi Twitter miliknya turut menyatakan pendapatnya berkenaan isu pemakaian di balai polis.

“Tiada sesiapa yang akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis melainkan mereka terpaksa, kerana mereka memerlukan bantuan polis.

Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dalam apa jua keadaan,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang wanita dikatakan ingin membuat laporan polis namun ditolak kerana dia memakai seluar pendek ketika di Balai Polis Kajang, tidak cukup dengan itu dia juga turut disuruh untuk menukar pakaiannya sebelum membuat laporan.

Baca: Jangan diskriminasi pakaian mereka yang perlukan pertolongan – Nancy Shukri

Nancy Shukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.