Lazimnya, kes-kes berkahwin dengan wanita atau lelaki jadian yang kita dengar ini sering berlaku di luar negara. Tapi, tak sangka pula kes sebegini juga wujud di Malaysia.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang peguam syarie bernama Hafiz Nur di TikTok mengenai kisah seorang suami mahu membubarkan perkahwinan (faraq) selepas mengetahui status jantina isterinya.
“Isteriku lelaki!”
Menurut Hafiz Nur, pasangan tersebut menjalankan pernikahan di Thailand namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama seminggu sahaja apabila si suami mendapat tahu isteri yang dinikahinya itu ialah seorang lelaki.
Artikel berkaitan: Majlis Kahwin ‘Cancel’, Pengantin Perempuan Rupanya Lelaki Tulen Lepas Gambar Sekolah Tersebar
Artikel berkaitan: Thailand Haramkan Pernikahan Bawah 17 Tahun Lepas Kes Lelaki Malaysia Kahwin Kanak-Kanak 11 Tahun
Ketika memberitahu perkara tersebut kepada hakim mahkamah, si suami menyatakan dia ketika itu yakin mengahwini isterinya kerana pada kad pengenalan menunjukkan bahawa dia seorang wanita.
“Saya dapat tahu isteri saya seorang lelaki selepas kami berkahwin. Kami nikah di Thailand.
“Masalahnya, dalam IC (kad pengenalan) dia perempuan,” katanya.
@hafiznurnassociates ISTERIKU LELAKI! (Ini Kisah Benar) Antara keburukkan nikah di Thailand, tiada semakan maklumat pasangan dengan terperinci, tiada ujian saringan kesihatan, takut tersalah nikah di tempat yg tidak diiktiraf oleh Mahkamah Syariah serta keraguan berkenaan status keesahan pernikahan tersebut dari segi hukum syarak. Perkahwinan seolah tidak wujud di sisi undang2 Malaysia selagi tidak didaftarkan dan akan memberi kesan sekiranya berlaku kematian. Fikir-fikirkanlah… #peguamsyarie #peguamsyariemelaka #tanyapeguam #tipsrumahtangga #tipssuamiisteri #cerai #fasakh #nafkah #hakjagaananak #hibah #wasiat #pusaka #trendingontiktok #fyp #isterikulelaki #nikahthailand #kesannikahthailand #kisahbenar
Perkongsian video itu telah mencetuskan pelbagai persoalan orang ramai. Menurut Hafiz Nur, perubahan maklumat jantina mungkin terjadi ketika pertukaran kad pengenalan semasa penukaran agama.
Dalam pada itu, Hafiz Nur menyatakan kejadian yang berlaku ini menunjukkan contoh antara keburukan bernikah di Thailand kerana tiada semakan maklumat pasangan dengan terperinci dan tiada ujian saringan kesihatan.
Bukan itu sahaja, risiko bernikah di Thailand juga kerana tidak semua tempat nikah diiktiraf oleh Mahkamah Syariah dan menimbulkan keraguan berkenaan status keesahan pernikahan dari segi hukum syarak.
Sumber: TikTok