in

Isteri Tak Sangka Suami ‘Soleh’ Rupanya Curang, Sering Langgan Pelacur Bila ‘Outstation’

Suami Curang Langgan Pelacur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu dugaan dalam perkahwinan adalah apabila pasangan berlaku curang. Lebih perit dan terkilan apabila mengetahui pasangan tidak serik dengan perbuatan tersebut.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Zara Zayne berkongsi pengalaman rakannya dikhianati suami.


Ditanya tentang aplikasi chatting

Menurut Zara, rakannya pernah ditanya oleh saudara sama ada suaminya pernah menggunakan aplikasi sosial mencari kenalan.

Namun, ketika itu dia tidak mempedulikan tentang pertanyaan tersebut kerana tidak pernah curiga terhadap suaminya.

https://www.tiktok.com/@zara_zayne1/video/7243034760430374145

Tambahnya, rakannya itu kurang mengetahui tentangnya kerana sudah lama tidak terdedah dengan aplikasi-aplikasi sosial terkini.

Namun, hanya kerana mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, rakannya bertindak mencari aplikasi tersebut di ruangan penyimpanan telefon si suami.

Tanpa disangka, dia melihat aplikasi tersebut ada simbol nyahaktif dalam telefon terbabit.

“Kalau kau pakai iPhone, jika kau pernah download aplikasi, dia akan keluar lambang awan dan ada anak panah. Itu bermakna aplikasi pernah ada dalam telefon.

“Bila dia pergi buka App Store telefon suami dia, memang ada lambang awan tu. Jadi kawan aku ni cuba download masa suami dia tak sedar.

“Aku pun ajar selepas download aplikasi, ambil forgot password dan akan hantar kod pada telefon, kemudian dapat buka,” katanya.

Menangis dapat tahu suami langgan pelacur 

Sambil menangis teresak-esak, rakannya memaklumkan bahawa suaminya telah melanggan pelacur setiap kali perlu bertugas di luar kawasan.

“Dia cakap dapat buka aplikasi dan terbongkar segalanya. Kat dalam aplikasi, itu watak sebenar suaminya.

Speechless, aku ajar dia bukan untuk meruntuhkan rumah tangga tetapi dalam tu terlalu banyak bukti, bukan sekali tapi banyak kali,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Zara mengatakan suami rakannya itu berperwatakan baik kerana jarang melepak dan sering membantu isteri di rumah.

Selepas terbongkar perbuatan curang itu, mereka bergaduh dan difahamkan rakannya itu baru sahaja sah bercerai.

Dalam pada itu, Zara mengakui dirinya berasa bersalah jika menjadi punca perceraian rakannya itu.

Baca: Lelaki Tipu Hampir 50 Orang Wanita Menggunakan Laman Web Cari Jodoh
Cari Jodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.