Setiap pekerjaan pasti ada cabarannya dan cabaran datang dalam bentuk berbeza-beza mengikut individu, situasi dan bidang.
Seperti pekerjaan seorang peguam, kebanyakan cabarannya berkaitan dengan kes-kes yang dikendalikan mereka.
Seorang peguam Syarie berkongsi satu kes iaitu salah satu cabaran yang dihadapi sebagai seorang peguam.
Artikel berkaitan: “Cerai tak rujuk mahkamah” – Lelaki Fail Faraq Nikah Sebab Isteri Ada 3 Suami Lain
Artikel berkaitan: Peguam Syarie Kongsi Punca Ramai Isteri Minta Cerai Bila Dah Berusia
Lantik peguam, tapi ramai tarik diri
Menurut Muhammad Syarafi, kes tersebut mengenai seorang isteri yang memohon fasakh untuk permohonan cerai.
Jadinya, wanita itu melantik peguam untuk mengendalikan kesnya namun sehingga kini ramai peguam menarik diri sehinggalah peguam yang keenam.
Apabila ditanya tentang perkara itu, didapati rupanya si suami mengamalkan ilmu hitam dengan menghantar kepada peguam yang mewakili isteri.
Isteri nak mohon cerai,
Lantik Peguam,
Peguam dilantik tarik diri sampailah kepada peguam ke-6,
Bila tanya kenapa,
Rupanya si suami amal black magic tapi hantar pada Peguam yang mewakili isteri.
Jem kejap dibuatnya. 💆🏻♂️
Jadi Lawyer pun tak selamat dah. 😖
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) January 4, 2024
Katanya, perkara itu diketahui apabila kesemua peguam yang dilantik mengalami gangguan yang sama termasuk ahli keluarga mereka.
Difahamkan, puncanya disebabkan si suami tidak mahu melepaskan isteri secara elok dan menurut peguam itu, kes tersebut masih belum selesai.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman menceritakan cabaran menjadi peguam seperti diganggu gangster atau disantau oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati.
Seram dengar cerita yang dikongsikan. Semoga kes tersebut dapat diselesaikan segera.
Sumber: X