Isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat menerusi akaun Instagramnya @ekinmawi_cahaya baru-baru ini terkejut selepas dikenakan harga yang tidak masuk akal di sebuah kedai makan makanan laut di Johor Bahru.
Menerusi perkongsian tersebut, dia tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan mana-mana pihak cuma agak terkejut dan inginkan pendapat mereka yang biasa makan di kedai berkenaan dengan harga yang dikenakan.
Dia yang pertama kali ke gerai tersebut terkejut kerana dikenakan bayaran RM1,620 dan menurutnya, ramai lagi yang berkongsikan pengalaman mereka turut ‘terkena’ di gerai yang sama.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia yang sering pulang ke Johor Bahru dan merupakan ‘orang sana’ memang akan cari makanan yang dia dan keluarga teringin. Namun, ketika dia ke gerai yang sering dikunjunginya, ikan di gerai itu habis dan dia terpaksa ke gerai yang dimaksudkan tersebut.
Menurutnya, kedai lain di kawasan itu semuanya jujur dan harga memang berpatutan selain berharap para peniaga di luar sana tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggan.
Artikel berkaitan : Pelanggan Yang Tak Mahu Tauge Dalam Makanan Mereka Di Kedai Ini Akan Dikenakan Caj RM1
Artikel berkaitan : “Kami tak jual sos cili” – McDonald’s Perjelas Isu Pelanggan Dakwa Peket Sos Cili Kena Caj
Perkara tersebut difahamkan telah mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor dan mereka sedang meneliti dakwaan tersebut dan pemilik restoran boleh diberi notis kompaun jika mereka tidak memaparkan harga makanan mereka.
“Adalah menjadi kesalahan sekiranya harga yang dipamerkan berlainan dengan harga yang dicas pada pelanggan”
Tambah pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor, mereka akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Seksyen 21 memperuntukkan penyiasatan mengenai cara restoran itu mengira harga dan jika terdapat cubaan mengaut keuntungan.
Individu yang didapati bersalah di bawah Akta itu boleh didakwa di mahkamah dengan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama. Bagi pesalah berulang, denda boleh sehingga RM250,000, penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.