in

Isteri Enggan Bercerai, Nekad Potong Kemaluan Suami Ketika Tidur

potong kemaluan suami

Seorang wanita dari Kota Solo, Jawa Tengah, Indonesia, bertindak ganas memotong kemaluan suaminya kerana tidak mahu bercerai.

Ketua Polis Kota Solo, Iwan Saktiadi mengatakan kejadian ini terjadi pada petang Selasa lepas, ia melibatkan pasangan suami isteri yang berusia 34 tahun (isteri) dan 20 tahun (suami).

Menurut laporan Kompas, difahamkan kedua-dua mereka bergaduh berkenaan ibu bapa mangsa, lalu susulah pergaduhan tersebut mangsa menyatakan ingin berpisah dengan suspek (isteri) dan meminta isterinya itu pulang ke Bali bersendirian menaiki bas.

cats 42

“Suspek menaiki bas, namun dalam perjalanan dia cuba menghubungi mangsa untuk memujuk dan kembali bersama kemudian bertemu di hotel,” katanya.

Mangsa yang sudah tiba di hotel kemudian tidur lalu suspek mengambil pisau dan bertindak memotong kemaluan mangsa sehingga dia terjaga dan menjerit kesakitan.

“Selepas kejadian, suspek panik dan menghubungi penyambut tetamu hotel serta membawa mangsa ke hospital,” katanya lagi.

Suspek kini ditahan di Balai Polis Jebres untuk merakamkan keterangan dan segala bukti telah diserahkan ke Unit Siasatan Jenayah Polis Solo untuk siasatan lanjut.

Baca: Kantoi Berdua-duaan Dengan Wanita Lain, Suami Pandu Kereta Rempuh Isteri

Suami Curang Rempuh Isteri