Nama pelakon Aman Graseka menjadi sebutan dalam kalangan artis kerana dikatakan sudah tidak ada tawaran berlakon lagi dan dikhabarkan pelakon 7 Hari Mencintaiku ini sekarang sedang hidup susah.
Pada mulanya, perkara itu didedahkan oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi Instagram miliknya yang sudah menyalurkan bantuan kepada Aman Graseka.
Artikel Berkaitan : ” Nampak cantik & lebih muda” – Ellie Suriaty Dipuji ‘Glow Up’ Lepas Bercerai Dengan Azri Iskandar
Artikel Berkaitan : Hubungan Masih Baik, Azri Iskandar Kadang-kadang Pinjam Ellie Kalau Tak Ada Duit
Dalam pendedahan itu, dikatakan Aman Graseka ada meminta bantuan dalam kalangan kawan-kawan artis selama ini.
Oleh sebab itu, Sharifah Shahirah berharap agar segala sumbangan yang telah diperoleh ini dapat membantu Aman Graseka untuk membuka perniagaan yang sekaligus membantu dirinya sekeluarga untuk menyara hidup.
View this post on Instagram
Sumbangan tersebut diraih selepas Sharifah Shahirah ada muat naik satu gambar mesej WhatsApp yang meminta dirinya untuk memberikan bantuan, mesej tersebut dipercayai daripada Aman Graseka sendiri.
View this post on Instagram
Memandangkan kisah mengenai Aman Graseka ini mendapat liputan media, pelakon Ellie Suriaty Omar ada tampil memberikan keterangan menerusi ruangan komen dari sebuah portal tempatan berkenaan dengan kes ini.
Ellie Suriaty mendakwa bahawa kegiatan meminta bantuan daripada rakan artis ini dilakukan isteri Aman Graseka. Jelasnya, dia pernah cuba hubungi Aman, tetapi dikatakan isterinya itu banyak berdalih seperti tidak membenarkan orang bercakap dengan suaminya itu.
Dedah Ellie lagi, bukan sahaja dia, rakan artis yang lain juga turut lalui perkara yang sama, hanya cuma minta berikan wang.
Dakwa Ellie lagi, isterinya itu telah melarang Aman untuk berlakon sedangkan tawaran yang diberikan kepada Aman agak banyak. Malah, isterinya itu dikatakan telah menyuruh Aman untuk melakukan sebagai kerja penghantar barang.
Ellie tidak menafikan bahawa Aman seorang pelakon yang bagus dan seorang yang mudah untuk berurusan, malah Aman juga dikatakan seorang yang profesional. Jadi, Ellie menasihatkan isteri Aman untuk tidak perlu rasa ‘cuak’ untuk membiarkan suaminya itu berlakon demi mencari rezeki.
Mudah-mudahan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dan urusan Aman Graseka semuanya dipermudahkan.
Sumber : Instagram