Sejak dua menjak ini nama pelakon Azlan Komeng kembali mencuri tumpuan netizen selepas isterinya Nur Nilam Ortiz mendedahkan dia bakal berkahwin lagi.
Sedari perkara itu, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran tampil dengan sebuah video menjelaskan beberapa hal tentang dirinya yang berhasrat untuk berpoligami.
Dalam perkongsian video itu, Azlan menyatakan bahawa dia tidak bersalah dengan keputusannya untuk menambah isteri dan memohon netizen berhenti komen negatif terhadap rumah tangganya.
Artikel berkaitan: “Wanita ini bertegas nak kahwin” – Nur Nilam Izinkan Azlan Komeng Berkahwin Dua
Artikel berkaitan: “Saya mungkin lumpuh, boleh bawa haluan masing-masing kalau nak”- Luahan Hati Azlan Komeng Buat Isteri Sebak
Dia juga menegur sikap segelintir netizen yang dilihat seolah-olah menghasut Nur Nilam untuk berpisah dengannya.
“Aku buat video ini untuk menjelaskan beberapa perkara, tentang aku ingin berkahwin lagi. Hal ini sudah dibincangkan dengan isteri aku.
“Alhamdulilah, Nilam tiada masalah menghadapi isu ini. Jadi kepada orang-orang yang melihat di luar sana, tak perlu mengapi-apikan isteri aku untuk kami berpisah.
“Aku tak rasa aku buat perkara yang salah dan Alhamdulillah aku masih mengambil berat tentang Nilam,” katanya.
@azlankomeng_official Sekadar perkongsian… yang tak suka jangan dengar… 🤗 #mywife #husbandwife #bidadariku #nilambidadariku
Meninjau ke ruangan komen, netizen membidas kenyataan Azlan dengan menyatakan sepatutnya pelakon itu menghargai jasa isterinya yang bersusah payah menjaganya ketika sakit.
Ada juga yang meluahkan rasa kasihan kepada Nur Nilam dan mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan.
Pun begitu, difahamkan Azlan sehingga kini masih mempertimbangkan hasrat mahu berpoligami.
Sumber: TikTok