in

Isteri Ajak Shiro Menangis, Tak Sampai Hati Nak Jawab Bila Anak Murid Tanya KidZania Macam Mana

murid tanya kidzania

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi seorang guru, tugas mereka bukanlah hanya sekadar mengajar tetapi mendidik dan menyayangi mereka seperti anak sendiri.

Walaupun murid yang diajar mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza, guru tetap memberi layanan sama rata.


Isteri Ajak Shiro sebak murid tanya tentang KidZania

Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro ada berkongsikan tentang isterinya yang merupakan seorang guru sekolah.

Artikel berkaitan: Ulang Alik Lebih 152KM Sehari, Isteri Ajak Shiro Sakit Tulang Belakang Sampai Masuk Hospital

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, isterinya Afifah Amin sedang menangis di sisinya.

553

Difahamkan, isterinya sedang bersedih selepas anak muridnya mengajukan soalan tentang pusat permainan untuk kanak-kanak, Kidzania yang pastinya cukup popular dalam kalangan kanak-kanak zaman sekarang.

“Anak murid dia tanya, KidZania macam mana, dia tak sampai hati nak cerita.

“Tak apa, nanti kita bawa budak-budak tu pergi KidZania. Baguslah cikgu ni,” pujuk Ajak dalam video berkenaan.

Menerusi hantaran itu, Ajak berharap dilimpahkan rezeki untuk membawa anak-anak murid isterinya itu berkunjung ke Kidzania suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Ramai yang berkongsi situasi sama

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memahami dan berkongsi pengalaman masing-masing tentang perihal anak murid mereka.

Ada yang mengatakan anak muridnya tidak pernah merasai ayam goreng dari restoran makanan segera popular kerana mereka tinggal jauh dari bandar.

Mereka berasa tersentuh apabila melihat anak-anak murid ini mengukir senyuman gembira apabila hajat dan keinginan mereka tercapai walaupun kebanyakan kita merasakan itu adalah perkara biasa.

Screenshot 2024 06 05 170506 Screenshot 2024 06 05 170520 Screenshot 2024 06 05 170528 Screenshot 2024 06 05 170547 Screenshot 2024 06 05 170556

Semoga hajat cikgu nak merealisasikan impian anak murid mereka tercapai…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.