Pengumuman rasmi daripada pihak Istana atau mana-mana badan kerajaan biasanya akan dibuat melalui saluran yang betul seperti akaun media sosial rasmi atau pengumuman melalui media tradisional (radio, televisyen).
Baru-baru ini, tular di Instagram di mana seorang wanita dikenali sebagai Faridah Daud mendakwa dirinya bakal berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Artikel berkaitan: “Biarlah undang-undang memutuskannya” – Mangsa Kes P*kul Berterima Kasih Kepada Tengku Hassanal
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tunku Azizah ‘Sakan’ Memborong Tupperware, Reaksi Tengku Hassanal Buat Netizen Terhibur
Wanita dengan akaun @faridah.daud_1 itu berkata dia akan berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang pada April tahun depan.
View this post on Instagram
“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuatnaik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube menggunakan nama Kesultanan Pahang,” tulis kenyataan itu.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut mengingatkan mana-mana individu yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu keharmonian Istana Pahang boleh diambil tindakan.
Sumber: Instagram