in

Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis

israel halang kapal GSF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Difahamkan, kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini telah menghampiri perairan Semenanjung Gaza dengan berbaki kira-kira 150 batu nautika.

Kesemua aktivis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan peningkatan aktiviti dron di kawasan flotilla.


Menurut laporan media tempatan Israel, tentera laut mereka sedang bersiap sedia untuk memintas konvoi flotilla yang terdiri daripada lebih 50 kapal.

“Lebih 50 kapal GSF telah memasuki julat pemintasan Israel iaitu kira-kira 241.40 kilometer dari Gaza.

“Tentera Laut Israel meneruskan persiapan untuk merampas kapal-kapal itu.”

Artikel berkaitan: Malaysia Akan Bantah Keras Sekiranya Kapal GSF Dipintas – PM

Artikel berkaitan: “Tidur dengan passport di sisi” – Konvoi GSF Sudah Masuk Zon Kuning, Dijangka Sampai Zon Merah Pada Khamis

Screenshot 2025 10 01 124638

Pindahkan semua aktivis ke kapal perang besar

Dalam laporan itu, tentera Zionis merancang untuk memindahkan kesemua aktivis yang berada di atas kapal ke kapal perang besar sebelum menunda flotilla ke Pelabuhan Ashdod, selatan Israel.

Bukan itu sahaja, pihak mereka berkemungkinan akan menenggelamkan sebahagian daripada kapal-kapal konvoi itu semasa operasi.

Kepimpinan politik Israel dilaporkan sudah memberi arahan kepada tentera mereka supaya kapal GSF tidak dibenarkan memasuki Gaza dalam apa jua keadaan.

Sementara itu, seorang aktivis Turkiye, Muhammed Salih berkata, sebuah kapal tentera laut Israel dikesan pada jarak 80 kilometer dari kapal GSF.

Aktivis menjangkakan kemungkinan besar pemintasan atau serangan Israel berlaku pada malam ini.

Sumber: Kosmo!, Harian Metro

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.