in

“Ironman buka kasut, Wolverine bagi salam” – Babak Majlis Tahlil Dalam Komik Marvel Raih Perhatian Ramai

Komik Marvel Majlis Tahlil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu terbitan komik daripada Marvel Comics telah meraih perhatian ramai menerusi edisi terbaharunya yang berjudul Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel.

Seorang pengguna Facebook, Muhd Ariffin telah berkongsi salah satu babak dalam komik tersebut memperlihatkan beberapa karakter Marvel menghadiri satu majlis tahlil.


Katanya, dalam komik tersebut komuniti Muslim New Jersey di timur laut Amerika Syarikat telah mengadakan majlis tahlil buat Ms. Marvel iaitu Kamala Khan.

Artikel berkaitan: Malaysia Masuk Marvel, Filem Thunderbolts Bakal Buat Penggambaran Di Kuala Lumpur

Artikel berkaitan: Cikgu Hias Kelas Bertemakan Marvel, Ramai Auto Nak Jadi Murid!

Sekadar info, Ms. Marvel merupakan adiwira Muslim pertama dalam Marvel Universe dan watak ini pertama kali muncul dalam komik pada tahun 2014.

“Program ini dikendalikan oleh Sheikh Abdullah selaku imam dan ketua pentadbir bagi masjid di New Jersey ini.

“Terdapat ramai karakter Marvel yang dijemput ke majlis ini untuk memberi penghormatan terhadap arwah,” katanya.

458144296 8629604603756200 7844531987568988908 N

Ironman buka kasut, Wolverine bagi salam

Dapat dilihat menerusi beberapa tangkap layar dalam komik yang dikongsikan itu, terdapat babak Wolverine iaitu Logan memberi salam dan kata-kata positif kepada ayah Kamala.

“Captain Marvel dengan pakai tudung dan Iron Man siap buka kasut lagi nak masuk dalam masjid,” katanya lagi.

Turut dipaparkan babak yang mana Logan memberitahu bahawa dia mempelajari perkataan salam semasa dia berada di Madripoor.

458385650 8629605427089451 5810053007735278738 N 458204635 8629604850422842 4034150262863156783 N

458381810 8629603620422965 6153029362722778361 N

“Ternyata Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya masyarakat yg harmoni. Terbaik,” ujarnya.

Perkongsian lelaki itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, ada yang memberi pandangan positif kerana hal berkaitan agama Islam ditunjukkan dalam komik terkenal itu.

Namun, tidak kurang juga segelintir netizen menyifatkan terdapat sesuatu muslihat di dalam penerbitan komik itu dan meminta orang ramai untuk berhati-hati.

Pandangan korang macam mana pula?

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.