Umum mengetahui bahawa apabila kita mendengar lagu Negaraku berkumandang, sebagai rakyat Malaysia, kita memang wajib berdiri tegak ketika menyanyikan dan mendengar lagu kebangsaan itu.
Ingat lagi tak zaman sekolah dulu, lagu kebangsaan ini akan dinyanyikan setiap kali waktu perhimpunan dan kita memang kita berdiri tegak dan tak boleh bergerak sebagai tanda menghormati lagu tersebut.
Baru-baru ini, sebuah pusat beli belah terkenal di Malaysia, IOI City Mall telah membuat satu eksperimen sosial atau social experiment di mana pihak mall tersebut secara tiba-tiba memasang lagu Negaraku menerusi pembesar suara pusat beli belah itu untuk melihat reaksi para pengunjung IOI City Mall.
Video social experiment itu telah dikongsikan oleh pihak IOI City Mall menerusi TikTok mereka.
@ioicitymallmy Tell us you’re Malaysian, without telling us you’re Malaysian (Part 2) 🇲🇾 A social experiment in IOI City Mall. #socialexperiment #Merdeka #HariMalaysia #malaysians #fyp #ioicitymall
Artikel Berkaitan: “Walaupun social experiment…” – Berlakon Halau Ibu, Reaksi ‘Stranger’ Bantu Mak Cik Buat Netizen Sedih
Artikel Berkaitan: Benjamin Britten: Kisah Komposer Hebat Abad Ke-20 Yang Cipta Lagu Kebangsaan Tapi Akhirnya…
Dalam video yang berdurasi hampir dua minit itu, dapat dilihat hampir kesemua pengunjung pusat beli belah IOI serta-merta berdiri sebaik sahaja mereka mendengar lagu Negaraku itu.
Dapat dilihat juga ada kanak-kanak yang sedang bermain ice skating juga berdiri tegak dan tidak bergerak apabila mereka mendengar lagu kebangsaan negara kita.
Pengunjung yang sedang berjalan dan membeli belah juga berhenti melakukan aktiviti tersebut dan terus berhenti dan berdiri tegak manakala yang sedang duduk santai pula bingkas bangun apabila mendengar lagu berkenaan.
Ada juga yang turut serta menyanyikan lirik lagu tersebut.
Rata-rata netizen di ruangan komen memuji kesemua pengunjung pusat beli belah yang berdiri tegak menghormati lagu Negaraku.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama eksperimen sosial seperti ini dilakukan oleh pihak IOI City Mall kerana tahun lalu, mereka juga pernah membuat social experiment tentang Rukun Negara Malaysia di dalam lif pusat beli belah itu.
@ioicitymallmy Tell us you’re Malaysian, without telling us you’re Malaysian 🇲🇾 A social experiment in IOI City Mall. #socialexperiment #merdeka #malaysians #fyp #ioicitymall
Tak sabar nak sambut hari kemerdekaan negara yang ke-67 pada 31 Ogos nanti!
Sumber: TikTok IOI City Mall