in

“Insya-Allah satu Malaysia akan gembira” – Kakak Kepada Ibu Zayn Rayyan

Kakak Ibu Zayn Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasib ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, sama ada dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis masih menjadi tanda tanya kepada kita semua.


Ia susulan laporan media yang memaklumkan ibu kepada kanak-kanak terbabit yang direman sejak 1 Jun lalu, tidak buat sebarang pengakuan bersalah di mahkamah tetapi hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku.

Bagaimanapun, kakak kepada ibu Zayn Rayyan menyifatkan perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak itu bakal memberi khabar gembira buat keluarganya, lapor Kosmo!

Artikel berkaitan: Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Diketahui Esok, Sama Ada Dituduh Atau Dibebaskan – Peguam

“Harapan untuk esok kita sama-sama tunggulah (dituduh atau dilepaskan). Alhamdulillah (tiada pengakuan) untuk (prosiding rakam keterangan).

“Insya-Allah satu Malaysia (akan gembira),” katanya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Dalam perkembangan lain, kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa arwah Zayn membuat bantahan terhadap tindakan polis untuk merekodkan pengakuan anak guam mereka di mahkamah.

Dua peguam tersebut, Mahmud Abdul Jumaat dan Fahmi Abdul Moin, berkata bantahan tersebut dilakukan atas alasan polis cuba menggunakan akta tidak relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan untuk prosiding tersebut.

Selain itu, mereka berdua menegaskan, tiada sebarang notis diberikan dari pihak pegawai penyiasat kepada mereka selaku peguam terhadap prosiding yang dilakukan secara tertutup itu.

Difahamkan, hanya ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah majistret hari ini, manakala bapanya terus dalam tahanan reman.

Sumber: Kosmo!, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.