in

“Institut keilmuan tapi…” – ISTAC-IIUM Raih Bualan Netizen Sebab Jadi Lokasi Majlis Kahwin?

Istac 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular mengenai sebuah bangunan iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di IIUM yang seni binanya sama seperti gereja.

Dikatakan, institusi tersebut merupakan pusat pemikiran untuk mengkaji peradaban Islam di Malaysia dan ia diinspirasikan daripada reka bentuk Andalusia-Morocco.


ISTAC-IIUM jadi tempat orang kahwin?

Baru-baru ini, tular di X mengenai ISTAC yang telah dijadikan lokasi sewaan untuk majlis perkahwinan. Seorang individu di X telah memperkenalkan tempat tersebut kepada bakal pengantin yang mahu mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

Artikel berkaitan: “Masih duduk di bawah tempurung” – Ryzal Ibrahim Teruk Kena Kecam Dituduh Masuk Gereja, Padahal..

Artikel berkaitan: “Orang kita cepat melatah” – Alif Satar Dikecam Menyanyi Dalam Gereja, Rakan Tampil Beri Penjelasan

Tempat ni memang lawa untuk sesiapa yang nak buat majlis romantik lagi-lagi kalau ada yang rancang nak buat majlis kecil-kecilan, ni tempat terbaik untuk anda!

Turut disertakan beberapa gambar keadaan dewan serta meja makan yang nampak teratur dan pelamin yang sangat cantik sesuai untuk bakal pengantin yang mahu majlis bertemakan klasik.

Istac
Sumber: x
Istac 1
Sumber: x

“Institusi keilmuan jadi tempat persandingan”

Pun begitu, seorang pengguna X menyatakan pendapat mengenai ISTAC-IIUM yang sepatutnya menjadi pusat menimba ilmu namun kini boleh disewa untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan.

Menurutnya, penubuhan ISTAC-IIUM itu dikhususkan untuk para ilmuan mengkaji ilmu dan perlulah menjaga adab. Fungsinya tidak sama dengan masjid yang dari dulu lagi menjadi tempat aktiviti kemasyarakatan.

Istac 2 2
Sumber: x

Selain itu, ada netizen berpendapat bahawa tiada isu jika ISTAC-IIUM dijadikan lokasi majlis perkahwinan dan mungkin hasil sewaan dewan boleh menampung kos baik pulih tempat tersebut.

Istac 3 1 Istac 4 1

Apa pendapat korang pula?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.