in

Instagram Ibu Aliff Aziz Kembali Aktif, Luah Rasa Syukur Lepas Kes Perceraian Anak Selesai

Mak Aliff Aziz Hati Tenang Syukur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama mendiamkan diri daripada media sosial, ibu kepada pelakon dan penyanyi penuh kontroversi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil kembali muncul semula di Instagram.


Menerusi posting terbaru yang dimuat naiknya, Hafiza menyatakan rasa syukur kerana Allah telah memberikan ketenangan kepadanya dan keluarga.

Whatsapp Image 2024 05 13 At 10.22.54 Am

Dia juga mengucapkan terima kasih atas sokong semua pihak sepanjang kes perceraian anaknya dengan bekas menantu, Bella Astillah.

Alhamdulillahirobbilalamin, di hari Khamis yang penuh barakah ini kami mengucapkan syukur Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga. 

“Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna. 

“Pada anda yang sentiasa mendoakan kami masya-Allah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapakan,” katanya.

Fizaaziz

Katanya lagi, bukan mudah untuk mendapatkan hati yang tenang dan hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ketenangan tersebut.

Sebagai insan wajib belajar dari segala kekhilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik. 

“Ajal maut rezeki kebahagiaan dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakal pada-Nya. Salam buat semua anda insan-insan hebat semoga sentiasa dalam rahmah dan barakah Allah,” katanya lagi.

Semalam, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Apa-apapun kita doakan semoga Aliff dan Bella temui kebahagiaan masing-masing. 

Sumber: mStar, Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.