Seorang pegawai kanan polis ditahan selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah dengan menjual semula rampasan dadah dibuat oleh polis.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pegawai polis berpangkat Inspekstor itu berusia 31 tahun dan telah ditahan jam 7 malam pada Selasa lalu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika hadir bagi memberi keterangan.
Siasatan lanjut mendedahkan suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) itu menjual semula rampasan dadah yang dirampas polis kepada sindiket dadah bagi tujuan peribadi.”
Dalam kes ini, polis menyita sebuah kereta Perodua Alza dan wang tunai RM1,200. Suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dengan suspek akan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) selama dua tahun dan perintah sekatan.”
Rampasan dadah yang dijual semula kepada sindiket terbabit dipercayai adalah untuk pasaran negara jiran, lapor Harian Metro. Bagaimanapun, Datuk Ayob berkata nilai sebenar dadah yang dijual semula itu masih dalam siasatan pihak polis.