in

Insiden Letupan Babitkan Tukang Masak: Suami Isteri Ditahan, Dipercayai Motif Cemburu

ft suspek cemburu dengan mangsa letupan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan mengenai kes letupan daripada bungkusan misteri sehingga meragut nyawa seorang tukang masak di Pandan Indah, Ampang pada Khamis lalu telah terjawab apabila sepasang suami isteri dikatakan menjadi dalang utama insiden tersebut,

Kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu telah ditahan di Serdang, Kedah pada malam Selasa oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


 

Angkara cemburu?

Menurut Sinar Harian, kedua-dua suspek itu direman bermula hari ini sehingga 10 Januari nanti. Mengikut sumber, setakat ini kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada rasa cemburu suspek lelaki terhadap mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku pada 29 Disember lalu, dilaporkan mangsa berusia 28 tahun maut selepas satu bungkusan ‘aneh’ yang diletakkan di atas bonet keretanya meletup di hadapan sebuah restoran yang merupakan tempat kerjanya.

Screenshot 2023 01 04 144848

Siasatan awal mendapati mangsa terlihat ada satu bungkusan ‘aneh’  di bonet keretanya jenis Toyota Corolla Altis sebelum memegangnya dan meletup.

Screenshot 2023 01 04 144916

Letupan itu telah mengakibatkan mangsa parah di badan dan tangan sebelum dikejarkan oleh orang awam ke Hospital Ampang. Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan.

Polis turut menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan berhampiran lokasi kejadian dan siasatan masih dijalankan berkaitan perkara berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca : Bungkusan Misteri Atas Kereta Tiba-tiba Meletup, Tukang Masak Maut

bungkusan meletup

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.