in

Insiden Ibu Maut Dig*lis Kereta Api, Rupanya Anak Mahu Kutip RM1 Tercicir Di Landasan

Insiden Kereta Api Anak Kutip Duit Rm1 Tercicir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selasa lalu, berlaku satu tragedi menyayat hati yang mana seorang ibu terkorban dan anak lelakinya parah akibat digilis kereta api di Kampung Petagas, Putatan, Sabah.

Difahamkan, wanita terbabit dikatakan mengambil anaknya itu pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas.


Menurut laporan media, dua beranak itu dipercayai sedang melintas di landasan kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari Beaufort.

Si ibu bagaimanapun sempat menolak badan anaknya sebelum dirempuh sejauh 20 meter. Mangsa yang berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang berusia 11 tahun itu mengalami kecederaan serius.

3024794

Artikel berkaitan: Ibu Terkorban Digil*s Kereta Api Kerana Ingin Selamatkan Anak

Rupanya anak mahu kutip RM1 tercicir di landasan

Bagaimanapun, perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Suria Azmi mendedahkan bahawa kejadian sebenarnya kedua-dua beranak itu sudah pun selamat melintas landasan.

Katanya daripada seorang petugas yang menceritakan kejadian itu, anak terbabit secara tiba-tiba berpatah balik kerana RM1 kepunyaannya tercicir.

 

Disebabkan kereta api sudah semakin menghampiri, wanita tersebut segera menolak anaknya ke tepi sebelum dia sendiri terkorban.

Menerusi hantaran itu, turut dikongsikan terdapat RM1 yang terselit di celah landasan kereta api.

“Kita rasa seringgit ni murah, tapi nilainya menjadi tinggi bila nyawa ibu terkorban,” tulisnya.

Screenshot 2024 11 22 170843

Dalam perkongsian itu, dia juga berharap anak ini diberikan ketabahan dan kecekalan untuk meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang ibu.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.