Peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang daripada lima remaja tertuduh dalam kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir membuat laporan polis terhadap kumpulan pelajar yang dikenali sebagai ‘Circle 19’ yang dianggotai 19 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Luyang, bagi mengelak berlaku satu lagi kematian di sekolah berkenaan, lapor Berita Harian.
Saksi ke-54 dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu iaitu Penolong Ketua Guru Disiplin, Nurul Syahadah Ibrahim mengesahkan bahawa kumpulan ‘Circle 19’ masih wujud di sekolah berkenaan kerana ahlinya bersekolah di situ.
Artikel berkaitan: Guru Disiplin Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan Seksual
Artikel berkaitan: Inkues Zara Qairina: Zara Pernah Mengadu Kepada Ibunya Diejek Pelajar Senior

Bagaimanapun menurut saksi, kumpulan pelajar itu dilarang untuk ‘berpuak-puak’ dan setuju mereka menggunakan perkataan tidak senonoh terhadap pelajar lain.
Namun, saksi tidak pasti sama ada laporan polis perlu dibuat mengenai perkara tersebut.
Ram Singh yang kelihatan kecewa mahu membuat laporan polis mengenai kumpulan ‘Circle 19’. Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan itu serta sekolah berkenaan.
Terdahulu, saksi sebelum ini ada mendedahkan mengenai kewujudan ‘Circle 19’ yang terdiri daripada 19 pelajar yang merupakan kawan rapat antara satu sama lain.
Sumber: Berita Harian
