in

“Inilah dia definisi kedai luar warung, atas pinggan taraf hotel” – Nampak Biasa Tapi Menu & Harga ‘Tak Masuk Akal’

warungmuar12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam perniagaan kedai makan lain, lain premis lainlah ragamnya. Ada yang strategi pemasaran gempak tapi hasilnya depan mata cuma ‘indah khabar dari rupa’.

Ada juga kedai yang nampak biasa, tapi masakannya memang terangkat macam di kedai kawasan Jalan Bakariah, Muar, Johor ni. Suasana kedai nampak macam warung makan biasa, tapi presentation, ala-ala hotel mewah. Bukan harga ya! 


 

Kalau dah ditakdirkan kita nak terkena, elak macam mana pun kena juga.

warungmuar

Warung ini menjadi tarikan orang ramai apabila pengalaman yang Naufal Antezem rasai ini meraih lebih 14, 000 retweets.

Pada mulanya, masing-masing ingatkan bahawa warung makan Serumpun Bonda ini mempunyai ‘pelaris’ yang tak elok, tapi bila di baca semula, ‘pelaris’ yang dimaksudkan itu adalah hasil air tangan tukang masak sendiri.

“Semalam petang, lebih kurang jam 6 lebih macam tu, aku dgn parents aku nak dinner. So kitorang trylah singgah mana-mana kedai yg jumpa sepanjang perjalanan dan nampaklah kedai ni. Simple je kedai macam yg korang tengok dalam gambar. Macam warung biasa cuma nampak lawa sikitlah.

Bila dah pilih tempat duduk, pekerja hulur buku menu. Kitorang belek-belek. Agak special jugalah menu yg ditawarkan sebab kat Muar ni, balik-balik orang tetap akan cari nasi goreng kampung takpun nasi goreng ayam. Korang tengoklah menu dia sendiri.”

warung4 warungmuar2

 

Aku takde nak cover-cover nama kedai. Biar terpampang, semua orang kena tahu.

warung4 1

“Aku takde nak cover-cover nama kedai. Biar terpampang, semua orang kena tahu sebab kita semua pengguna/pelanggan kan. Okaylah, aku kerut-kerut dahi pilih nak makan apa. So kitorang decide nak makan daging salai lemak cili api, nasi goreng special kedai ni dgn beef rendang lasagne”.

Mungkin suasana kedai nampak biasa dan sebagai pelanggan, kita pun anggap je la makanan yang sampai tu biasa-biasa sahaja. Tapi bila makanan sampai masing-masing terkedu sebab..

 

Ini warung ke hotel

warungmuar5 warungmuar6

“Menu pertama yg sampai adalah daging salai masak lemak cili api. Aku garu kepala sekejap. Ini warung ke hotel. Pinggan dia punya besar ala-ala topi Neelofa pakai waktu bercuti dulu. Aku order sekali dengan sepinggan nasi putih yg disertakan sekali keropok ikan, few condiments.”

warungmuar7

“Pic ni aku ambil sendiri pakai phone. Bukan cedok dari mana-mana. Aku excited sebab presentation dia bagi aku sangatlah menarik. Warung kot. Dinding pun takde, aircond apatah lagi tapi memang kedai ni faham maksud biar dalam pinggan yg berbaloi, bukan kedai cantik semata”

 

Nasi Goreng

warungmuar8

“The nasi goreng is too good to be true ! Ayah aku kurang makan udang & sotong so akulah yg dapat hehe. Udang dia maaih fresh ya. Isi tebal dan manis. Walaupun cuma ada dua ekor udang, tapi puas sbb kau dapat rasa segar udang. Lagipun kedai ni dekat dgn area ikan bakar muar”

 

Lasagne

lasagna3

lasagna

“Lasagne pulak, personally aku kurang minat sebab muak. We all know yg layers of lasagne tu sendiri sedikit muak, disumbat dgn rendang daging yg sedikit manis, so jadi muaklah. Tapi mak aku puji rendang dia ada rasa. Bolehlah org cakap”

lasagna2

 

Total RM 56, Nama kedai ni Serumpun Bonda

warung9 warung10

Total semua sekali dgn air cuma RM 56. Bagi aku sangatlah berbaloi. Menyesal pulak tak try grill percik dia or lamb rack, lamb shank. Mungkin dappp gak. Aku puji presentation dan rasa. Memang sepadan. Harga berpatutan dan sempoi je kedai ni buat lepak-lepak

Nama kedai ni Serumpun Bonda. Bukan paid review ya. Jujur dan ikhlas dari hati, kedai ni antara kedai yg wajib cuba kalau singgah kat Muar ni. Tukang masak semua lelaki which ada org kata lelaki masak lagi sedap hahaha. Kedai ni area Jalan Bakariah, Muar. Org Muar kena pergi!

 

Inilah dia definisi kedai luar warung, atas pinggan taraf hotel

warungmuar11

“Bagi aku, inilah dia definisi kedai luar warung, atas pinggan taraf hotel. Oh lupa. Kuah sambal kacang tauhu sambal tu pedas manis. Kacang tu bagi tekstur pd kuah dan memang ngam teruk. Tak rugi cuba. Jalan-jalan sini, jangan lupa singgah tau. Alhamdulillah kenyang”

Suasana hanya kedai warung biasa, tapi selesa. Makanan enak, presentation pun lawa, harga pula berpatutan. Kalau kedai makan macam ni baru lah berbaloi, harga mahal sikit pun tak apa. Eh!

 

Baca : Makan tepi longkang harga Grand Hyatt! – Warung Nasi Lemak RM1 ‘Ketuk’ Harga Customer Sampai RM 100

nasilemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.