in

“Ini yang terbaik untuk kami” – Raf Yaakob Umum Sudah Berpisah Dengan Mawar Rashid

Mawar Raf Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah tangga antara selebriti terkenal Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya bertemu noktah.

Pelakon serta usahawan yang juga adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob itu menerusi laman Instagram miliknya, mengumumkan perpisahan dengan Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atas dasar tiada persefahaman bersama.


Artikel berkaitan: “Saya gagal” –  Kongsi Gambar Tidak Berhijab, Mawar Rashid Mohon Maaf

Artikel berkaitan: “Saya taknak panjangkan isu” –  Raf Yaakob Enggan Beri Kenyataan Isu Isteri ‘Free Hair’

Cats 47

Raf bagaimana pun memberitahu kedua-dua mereka kini dalam keadaan yang baik dan akan selamanya begitu.

“Fokus utama kami kini adalah untuk memberikan segala sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak kami. Penjagaan bersama sangat penting dan itu yang kami akan usahakan Insha Allah. 

Kepada rakan media kami, ini merupakan satu-satunya pengumuman dari pihak kami dan kami berharap agar anda semua menghormati keputusan ini. 

Kepada pengikut kami, kami berharap agar kamu semua doa yang baik-baik untuk kami berdua. Jangan berspekuasi atau sebarkan sebarang perkara negatif,” tulisnya.

Selain itu, Raf juga memberitahu kedua-dua mereka amat sedih dalam memberitahu khabar ini tetapi mengakui ianya adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

Dia juga sempat berterima kasih kepada semua yang menyokong mereka berdua dan memberikan kata-kata semangat.

Harap Mawar dan Raf tabah hadapi dugaan ni…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.