in

“Ini yang saya rindu” – [VIDEO] Tak ‘Dikejar’ Ramai, Tokti Seronok Jadi Orang Biasa di Mekah

siti nurhaliza sedih sebak jadi orang biasa di mekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengambil berkat di bulan Ramadan, penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah berlepas ke Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarganya untuk mengerjakan umrah.

Tokti menerusi perkongsiannya di Instagram dapat dilihat memaparkan aktivitinya mengerjakan ibadah di sana dan dia juga kelihatan sangat teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci itu setelah sekian lama tidak dapat ke sana akibat larangan Covid-19.


https://www.instagram.com/p/Cc1iOslBU6q/

 

“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa” 

Pun begitu, salah satu perkongsian IG storiesnya telah mengundang sebak di hati netizen apabila Tokti dilihat menangis apabila meluahkan perasaan gembiranya dapat mengerjakan umrah di sana.

Video tersebut yang dikongsikan semula di TikTok peminat memaparkan Tokti mengalirkan air mata kerana berasa sayu dapat menjadi orang biasa dan duduk beramai-ramai bersama mereka yang sedang mengerjakan umrah tanpa dikenali ramai.

Seronoknya saya dapat berkongsi dengan anda semua… Ini yang saya rindu sebenarnya.

“Saya jadi orang biasa, dapat duduk dengan orang biasa macam ni… buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya. Saya dapat duduk macam ni, dengan orang ramai-ramai macam ni, orang tak kenal saya pun,” luahnya sambil menangis.

@kick_kapoor8989

???? #fypシ #fyp #viral #sitinurhaliza @toktitiktok

♬ Selawat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Meskipun Datuk K, suami kepada Tokti tidak ikut serta ke tanah suci, penyanyi ini tetap meluahkan rasa syukur buat suami yang mengizinkannya untuk mengerjakan umrah di sana.

 

“Kita nak jadi macam tokti, rupanya tokti rindu nak jadi orang biasa macam kami” 

Video berkenaan juga mengundang rasa sebak netizen yang seakan-akan memahami isi hati penyanyi itu yang rindu menjadi orang biasa setelah sekian lama menjadi orang yang dikenali ramai.

ct sedih

Semoga Tokti baik-baik saja di sana ye. Doakan buat kami semua! 

Baca: “Terlalu excited lupa akan privasi” – Isu Rakam Tokti Di ATM, Wanita Tampil Beri Penjelasan

tokti

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.