in

“Ini untuk pelaris” – [Video] Penjual Bakso Mengaku Letak Spender Dalam Kuah Bakso Sejak 10 Tahun Lalu

FT SPENDER FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, pemakaian ‘pelaris’ digunakan di kedai-kedai bagi menarik lebih ramai pelanggan. Walaupun tahu hukum pemakaian ‘pelaris’ ini adalah haram di sisi agama Islam disebabkan menyekutukan Allah, namun, masih terdapat lagi individu yang mempratikkan amalan ‘kuno’ ini di zaman yang serba moden untuk mendapatkan kemewahan.

Tular baru-baru ini di media sosial mengenai sebuah klip video yang dirakam oleh seorang Youtuber Paranormal dari Indonesia, Roy Kiyoshi yang telah berkunjung ke sebuah gerai makan yang menjual bakso.


Berdasarkan video yang berdurasi selama beberapa saat itu, Roy kelihatan memegang sebuah kamera sambil merakam perbualannya dengan seorang wanita yang dipercayai pemilik kedai bakso tersebut.

 

Curiga dengan kuah bakso, sekali jumpa ‘spender’ pink direndam

Mesti korang ingat Roy mahu menemubual dan mempromosikan jualan hidangan bakso pemilik kedai tersebut bukan? Nah, ternyata sangkaan itu meleset sama sekali apabila Roy meminta wanita itu untuk membuka tudung periuk kuah bakso tersebut gara-gara curiga dengan ‘isi’ yang terdapat di dalamnya.

Apa yang mengejutkan, terdapat sehelai seluar dalam berwarna pink dijumpai direndam bersama-sama kuah bakso dalam periuk tersebut!

SPENDER ANGKAT

SPENDER TUNJUK

Ewww what???

Jadi ini dari tadi makan bakso, air rendaman seluar dalam ibu? 

 

Ia sebagai pelaris, dah 10 tahun buat

Setelah ditanya, wanita yang dikenali sebagai Siti itu mengaku telah melakukan amalan ‘terkutuk’ itu untuk melariskan perniagaan baksonya. Bukan itu sahaja, dia juga mengaku telah melakukannya sejak 10 tahun yang lalu! Ujarnya lagi,

Ya saya mengaku salah. Saya buat macam ni untuk jadikan sebagai pelaris. 

Difahamkan, Roy telah berkunjung ke gerai menjual bakso itu setelah dijemput sendiri oleh pemiliknya yang mengeluh gara-gara beberapa ahli keluarganya meninggal dunia dengan tragis setiap 12 haribulan.

SPENDER MUKA LAKI

Siap minta promote lagi

Bukan itu sahaja, wanita itu juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya untuk menjadi lebih laris lagi.

Aduh, ada lagi ke orang yang nak pergi? 

https://www.instagram.com/p/CJGXBmeHmaK/?utm_source=ig_embed

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diluahkan daripada netizen. Ada netizen yang ternyata berasa jijik dengan perbuatan ‘keji’ wanita tersebut yang sanggup menghalalkan sesuatu yang haram. Namun ada juga netizen yang mempertikaikan kesahihan video tersebut dengan mengatakan Roy hanya mereka cerita semata-mata demi content di saluran Youtubenya.

Wallahualam, sahih atau tidak, jadikan pengajaran. Sentiasa baca Bismillah sebelum makan dan minum dan amalkan ‘pendinding’ diri supaya terhindar dari sihir, pelaris dan sebagainya.

Baca: “terus ramai customer” – Aunty Cuba Spender Depan Gerai Pasar Malam, Sekali Owner Bagi 100 Pasang Free

BACA SPENDER

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.