Mengejutkan dan mengecewakan selepas melihat satu video yang viral di media sosial memaparkan seorang wanita dengan bangganya bercerita kisah bagaimana dia meninggalkan ibu kandungnya dia tandas terminal bas di Melaka.
Dalam video yang viral tersebut, wanita itu dengan yakin menceritakan momen-momen bagaimana dia dan suaminya merancang untuk meninggalkan warga emas tersebut di tandas.
Ini merupakan antara ayat-ayat yang dilontarkan wanita itu ketika sesi live berlangsung.
Macam mana nak buat ni sayang?, okey kita cari bus stand sayang”
Masa tu mak saya tunjuk duit kat saya RM1400, masa tu saya buat modal saya pinjam kat dia RM400, lepas tu saya bayaq balik, sebab tu saya tau”
“Sampai ke sana kami kata nak pegi ke toilet, mak saya pun kata nak pi ke toilet”
“Masa mak saya nak pi toilet tu lah saya saya bukak kasut saya dengan hawa”
Bukan itu sahaja, dia juga katanya dah memaklumkan kepada suaminya untuk parkir van di lokasi yang mudah untuk dia dah Hawa pergi.
Siap tanggal kasut dan berlari lagi pergi ke van tersebut lagi.
“Laki saya dok kat van, saya cakap ayah tunggu kat van ya, okey mak nak pi toilet kita pun nak pi toilet..”
“Tanya hawa, hawa ada sampai sekarang..hawa lari, lari kami lari, ini demi allah, saya mintak ampun kat mak, saya bukan tinggal tepi jalan, saya tinggal kat Melaka Sentral…
“Dah cakap kat laki saya, ayang satgi ayang parking kat sini, pusing belah sana, sebab kami takkan nak kata nak tinggal mak tak sampai hati tapi dalam keadaan masa tu van tak boleh bawak, dia macam meracau macam ada benda yang tak kena, betui memang ada benda yang tak kena
Rata-rata mengecam tindakan wanita ini yang tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap ibu kandungnya sendiri. Bukan itu sahaja, malah dengan bangganya menceritakan perkara itu ketika sesi live yang dilakukannya.
Ingat satu je, kasih ibu tu membawa ke syurga!
Baca : Depa cakap cacat : [VIDEO] Balik Sekolah Menangis, Ibu Dedah Anak Diejek Rakan Kerana Adik OKU