in

“Ini semua pengajaran” – Sissy Imann Menyesal Ikut Emosi Jual Album RM20

Ft Sissy Imann Menyesal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tahu berkenaan kes Sissy Imann dan isu yang berlaku semasa Famili Duo sehingga penyanyi terkenal itu sanggup menjual album karyanya dengan harga RM20 sahaja.

Hari ini, penyanyi berusia 28 tahun menepis dakwaan tentang dirinya menangis di pentas Famili Duo itu adalah ‘gimik’ untuk menjual albumnya, sekali gus meraih keuntungan apabila 1,000 unit dicetak habis dijual.


Buat keputusan semasa emosi tidak terkawal

Screenshot 2023 02 03 171844

Menurutnya, keputusan dirinya untuk menjual album dirakamkannya di Abbey Road Studios, London itu dengan harga RM20 telah dibuat secara drastik dalam keadaan emosi tidak terkawal.

“Kalaulah saya betul-betul nak buat gimik dengan menangis di pentas dan fikir keuntungan, lebih baik saya jual album itu dengan harga RM150 atau lebih. Sebab masa itu pun, orang memang tengah kasihankan saya dan mana tahu mereka sanggup nak beli juga,” katanya.

Sissy memberitahu, pada waktu itu dia membuat keputusan dengan emosi menerusi akaun media sosial Instagramnya tanpa berbincang terlebih dahulu bersama ibu bapanya kerana dia hanya mahu album tersebut habis dijual agar ia hilang dari padangan.

“Saya jual dengan harga RM20 itu termasuk caj penghantaran, memang tak untung pun sebab penghantaran ke Singapura saja, RM78. Tapi, apa nak buat sebab itu keputusan saya sendiri yang gagal kawal emosi dan kesedihan diri sendiri,” jelas Sissy.

Ada perancangan untuk membuat cetakan semula

Screenshot 2023 02 03 171927

Susulan tindakannya itu, selepas keadaan dirinya kembali tenang dan boieh berfikir dengan baik dia meluahkan rasa menyesal dengan keputusan yang telah dibuatnya berikutan penghasilan album itu sangat bermakna buatnya.

Tambah Sissy, dia ada perancangan untuk membuat cetakan semula kerana demand yang diterima amat memusakan, namun dia akan menjual dengan harga RM50 termasuk caj penghantaran.

Walaupun berasa menyesal dan sedih namun Sissy percaya walaupun tidak memperolehi keuntungan dari pulangan wang tapi Allah telah menggantikannya dengan rezeki lain seperti mengembalikan semangatnya untuk bekerja semula dan dia berasa amat bersyukur.

Sumber : Harian Metro

Semoga Sissy tabah hadapi ujian ini…

Baca ; “Minggu ni, otak saya kosong” – Sissy Iman Mohon Maaf, Minta Beri Masa & Ruang

Sissy Imann Healing 608X320 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.