in

Ini Sebab Kenapa Atlet Korea Utara Tidak Dapat Telefon Pintar Samsung Edisi Paris 2024

Ft Korea Utara Samsung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menjelaskan sebab kenapa atlet Korea Utara tidak menerima telefon pintar Samsung yang diberikan secara percuma kepada semua atlet di Sukan Olimpik Paris 2024.

Penaja utama IOC iaitu syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung telah menyediakan kepada semua 10,500 atlet dengan telefon pintar untuk mereka simpan apabila pulang ke rumah.


Artikel berkaitan : Penyampai Buat Silap, Perkenalkan Korea Selatan Dengan Nama Rasmi Korea Utara Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan : Kadar Kelahiran Korea Utara Menurun, Kim Jong Un Menangis Minta Wanita Lahirkan Anak

‘Terikat’ dengan garis panduan PBB

“Kami boleh mengesahkan bahawa atlet dari Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan DPRK tidak menerima telefon Samsung.”

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri Korea Selatan telah menarik perhatian tentang sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Secara rasmi dikenali sebagai Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Korea Utara dikenakan sekatan PBB untuk program peluru berpandu dan nuklearnya sejak 2006, dan langkah-langkah itu diperketatkan dari masa ke masa, termasuk larangan ke atas produk yang mempunyai kegunaan awam dan tentera.

Screenshot 2024 08 09 170352

“Majlis Keselamatan PBB, menurut perenggan 7 Resolusi 2397 (2017), melarang pembekalan, penjualan dan pemindahan langsung atau tidak langsung semua mesin industri ke Korea Utara, dan telefon pintar adalah barang yang dilarang mengikut resolusi itu,” kata Kementerian Luar Negeri Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Screenshot 2024 08 09 170454

“Kerajaan kami terus membuat usaha diplomatik dengan kerjasama komuniti antarabangsa untuk memastikan pelaksanaan yang teliti terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB.”

Untuk info, pasukan Korea Utara mempunyai 14 orang atlet yang menyertai Olimpik Paris 2024 dan mereka bertanding dalam 7 jenis sukan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.