Kementerian Kewangan telah menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) bagi kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2).
Ia sekaligus telah mendatangkan rasa bimbang terhadap 20,000 kakitangan MMC Gamuda yang mungkin akan kehilangan kerja
Ekoran dengan berita tersebut, seorang pemuda yang dikenali sebagai Justin Chin Jing Ho juga merupakan salah seorang kakitangan dalam syarikat tersebut membuat surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad demi membela nasib dirinya dan 20,000 lagi nasib kakitangan tersebut.
Graduan kelas pertama di salah sebuah universiti kejuruteraan terbaik di dunia..Sanggup tolak kerja tawaran tinggi untuk bekerja di Malaysia
Tak boleh tidur kerana takut kehilangan kerja.. Ibu tunggal anak 3 mula risau..TBM operator berumur 50 tahun bimbang jika masih ada peluang kerja..Mereka semua dah undi anda (Tun M)
Kita tak perlu pun kereta nasional ketiga
Benar-benar tak adil bagi 20,000 orang yang tak melakukan apa-apa kesalahan.
Terpanggil dengan luahan dan surat terbuka daripadanya. Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua pula tambil beri respon melalui surat terbukanya pula kepada Lembaga Pengarah MMC-Gamuda.
Saya memahami pergolakan yang sedang anda hadapi dalam kehidupan hari ini dan ia langsung bukan salah anda. Tetapi… – Tony Pua

“Kepada graduan kejuruteraan kelas-pertama berusia 26 tahun itu, saya memahami pergolakan yang sedang anda hadapi dalam kehidupan hari ini dan ia langsung bukan salah anda. Tetapi, sekiranya Gamuda membuat keputusan untuk tidak mengekalkan khidmat anda, merekalah sebenarnya yang rugi, kerana anda akan boleh membina kerjaya yang turut cemerlang di banyak syarikat lain.”
Pada masa yang sama, beliau juga memberikan penerangan yang lebih jelas kepada 20,000 orang kakitangan terhadap isu yang sedang menular ini.
Bukannya membatalkan kontrak projek tersebut. Anda akan…

“Kepada seramai 20,000 pekerja, seperti yang didakwa MMC, akan kehilangan pekerjaan mereka akibat penamatan kontrak, biar saya tekankan bahawa kerajaan Malaysia bukannya membatalkan projek tersebut. Anda akan menemukan banyak lagi peluang apabila projek baharu dijalankan pada kos yang lebih rendah, manakala penjimatan yang diperolehi bermakna lebih banyak projek akan dijalankan pada masa akan datang.
Tetapi mungkin, daripada memulakan petisyen di Change.org bagi mendesak kerajaan menarik balik keputusan membatalkan kontrak, adalah lebih bermanfaat untuk memulakan petisyen mendesak bos-bos anda di MMC Gamuda untuk memberi tawaran yang terbaik kepadaKerajaan Malaysia.”