in

“Ini rasuah” – Tak ‘Clamping’ Tapi Minta Dibayar RM10, Lelaki Persoal Tindakan Pengawal Hospital Ini

isu parking di hospital minta rm10 guard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular satu video memaparkan kejadian yang berlaku di antara seorang pemandu kereta dan pengawal keselamatan di sebuah hospital yang bertikam lidah atas insiden salah parking.

Video yang dikongsikan TikToker bernama Iman Kamil ini memaparkan situasinya berdepan dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital yang menegur tindakannya memarkir kereta di tempat yang salah.


“Sorry cukup ke?” 

Menurut video itu, pengawal keselamatan tersebut menegaskan kawasan itu tidak benarkan untuk meletak kereta dan dia sepatutnya ‘mengunci tayar’ atau clamp kenderaan tersebut kerana ia dipercayai telah melanggar peraturan.

Iman kemudian memohon maaf, namun pengawal keselamatan itu mengatakan tindakan tersebut tidak memadai.

Sini tak boleh parking encik, sudah-sudah complaint pengarah. 

“Okay sorry-sorry.

Sorry cukup ke? Kalau saya clamping tadi macam mana?”

salah parking

Iman kemudian menjelaskan yang dia tidak mengetahui kawasan itu tidak boleh meletak kenderaan dan menegaskan bahawa pengawal keselamatan itu sepatutnya meletakkan kon atau notis yang mengatakan tempat itu tidak boleh ‘parking’.

Namun setelah bertelagah, pengawal tersebut meminta dia dibayar RM10, namun tidak menyatakan sebab dia perlu dibayar.

At least kesian sayalah bagi RM10 macam tu. 

How can? Ini rasuah. 

“Tak apalah pergi keluar. Tapi lain kali sini tak boleh parking

“Kalau you nak clamp, you clamp. Buat ikut undang-undang.” 

Boleh tengok video penuh di bawah.

@yes_iman

Kalau korang sanggup bayar atau sanggup clamping? Yee salah tetap salah, tapi kenapa tak clamp?🤔 📍 Hospital Kajang

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Video tersebut kemudian berakhir dengan lelaki berkenaan beredar dari tempat kejadian dan meminta netizen menjawab sama ada mereka sanggup membayar amaun yang diminta atau lebih rela kereta kena ‘clamp’.

Kalau korang sanggup bayar atau sanggup clamping? Ye salah tetap salah, tapi kenapa tak clamp?” tulis Iman.

“Report aje dik. Jangan dibiarkan” 

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya meminta lelaki ini membuat laporan kerana bimbang perkara sebegitu sudah biasa dilakukan oleh pengawal berkenaan untuk mendapatkan ‘duit tepi’.

salah 1 down

“Sedekah RM10 tidak membuat anda miskin” 

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan tidak ada salah untuk bersedekah RM10 daripada kereta kena ‘clamp’ kerana ia lebih menyusahkan.

betul 1

Apa pendapat korang? Patut bayar je RM10 ke atau biar je kereta kena clamp? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.