in

Kes Tembakan Di KLIA – Ini Proses Permohonan Lesen Senjata Api Yang Kita Perlu Tahu

Senjata Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, negara digemparkan dengan kes tembakan di KLIA 1 yang dilaporkan berlaku buat pertama kalinya melibatkan individu bukan penguatkuasa mahupun penjenayah di Malaysia. Walaupun peluru yang dilepaskan tidak mengenai mangsa yang juga isteri suspek, tetapi ia telah menyebabkan cedera serius kepada pengawal peribadinya.


2 3 E1713081712471

Artikel berkaitan : Cuba Bunuh Bekas Isteri, Lelaki Lepas Tembakan Di KLIA 1

Artikel berkaitan : Kes Tembakan Di KLIA 1: Polis Minta Hafizul Harawi Serah Diri Secara Aman

Kes itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang mempersoalkan, bagaimanakah Malaysia, sebuah negara yang sememangnya memiliki kawalan ketat senjata api, boleh berlakunya kes sedemikian rupa? adakah individu ‘bukan penguatkuasa’ boleh memiliki atau menyimpan sebarang senjata api?

Untitled Design 5 E1713081834982

Jawapannya adalah YA – selagi individu tersebut memiliki lesen senjata api.

TETAPI, proses untuk mendapatkannya bukanlah mudah, kerana ia melibatkan beberapa perkara, antaranya, perakuan, dokumentasi, dan perlu melalui pelbagai peringkat kelulusan. Tak dapat disangkal lagi, inilah sebab kenapa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memiliki kawalan dan peraturan senjata api paling ketat di dunia!

Dalam sebuah hantaran di ‘Reddit’, seorang rakyat Malaysia yang telah memiliki lesen senjata api, tampil berkongsi proses mendapatkan permit senjata api. Dia mengakui, proses itu adalah terlalu rumit, dan sangat sukar.

Di peringkat pertama, semakan latar belakang yang teliti akan dilakukan untuk melihat samada pemohon ‘bersih’ daripada sebarang kegiatan jenayah, atau masalah kesihatan. Di peringkat ini, pemohon haruslah melepasi semakan ‘bersih’ diri sendiri, ahli keluarga, dan perlu mengemukakan laporan kesihatan mental yang cemerlang.

Sekiranya pemohon pernah mengendalikan senjata ketika berkhidmat dalam pasukan penguatkuasa sebelum ini, seperti pasukan polis, RELA, atau wataniah, peluang untuk kelulusan lagi tinggi.

Senjata Api

Selain itu, pemohon perlulah berimej dan berperilaku baik, ini termasuklah tidak pernah mengambil minuman keras, dan tidak berjudi.

Manakala, jika ingin memohon untuk pemilikan senjata api bukan peribadi, seperti di bawah syarikat, borang permohonan juga akan ditapis secara ketat dan perlu mengemukakan pelbagai bahan dokumen, seperti dokumen syarikat, pengesahan daripada pengarah syarikat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pemohon hanya dibenarkan membawa atau menggunakannya, tetapi BUKAN MEMILIKI.

Senjata Api

Dalam hantaran itu juga, ada menyebut bahawa pekerjaan adalah faktor penting bagi seseorang memiliki senjata, khasnya pekerjaan yang melibatkan aspek keselamatan seperti pengawal keselamatan, Pengiring VVIP, Penyiasat berdaftar,  dan lain-lain.

Jika pemohon tidak memiliki jenis pekerjaan yang memberikan alasan kukuh untuk pemilikan ini, maka, peluang untuk ‘memegang’ senjata api amatlah tipis. 

Dalam hantaran itu juga, ada menambah bahawa :

  • Pemohon perlu menjalani ujian menembak setiap tahun. Cukup hanya sekadar satu atau dua tembakan dengan senjata di lapang sasar yang ditetapkan.
  • Perlu mengembalikan kelongsong peluru yang digunakan ke balai polis untuk membuktikan ia telah digunakan sebelum boleh membeli peluru baru.
  • Perlu mendapatkan tandatangan ketua balai polis tempatan dalam borang ‘permohonan peluru’ setiap kali ingin membeli peluru baru. Jika tidak, kedai senjata TIDAK SESEKALI akan menjual peluru kepada pemilik.
  • Kedai senjata juga hanya akan menjual jumlah yang diperuntukkan seperti yang dinyatakan dalam borang kelulusan anda. Tiada lebih, tiada kurang.

Jadi bagaimana kes suspek tembakan di KLIA ini mendapatkan peluru? ada dua kemungkinan, samada suspek memang memiliki lesen VIP atau mungkin dengan cara yang lebih mudah, membeli senjata api secara haram dari negara jiran. Walaubagaimanapun, ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Namun, adakah benar wujudnya kes penyeludupan senjata api dari negara jiran?

71521105461 Rampasan

Pada Januari 2021 contohnya, Berita Harian melaporkan, terdapat tangkapan kes penyeludupan senjata api oleh 13 lelaki warga Indonesia dan enam lelaki warga tempatan di Johor Bahru.

Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penyeludupan senjata api merupakan satu masalah yang berlarutan di negara ini.

“Sebenarnya, ini merupakan satu masalah yang berlarutan yang dihadapi oleh Malaysia di mana senjata api haram diseludup masuk ke negara melalui sempadan Thailand.”

Manakala yang terbaharu, minggu lalu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta yang diseludup masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand. Antara barangan yang dirampas termasuk senjata api.

Polis sebelum ini turut mengatakan bahawa senjata api yang diseludup kebanyakannya digunakan oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dadah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.