in

“Ini pertama kali” – Impian Ibu Mengandung Mengidam Nak Naik Jentera Bomba Tertunai

Syaz Ft 2024 10 08T120249.455

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengidam adalah simptom biasa bagi wanita yang dalam kehamilan dan kadangkala boleh menyebabkan ibu mengandung mempunyai ‘keinginan’ yang luar biasa.

Biasanya, ibu mengandung ini mengidam sesuatu makanan atau minuman namun lain pula ceritanya buat seorang ibu mengandung ini yang mengidam untuk menaiki jentera bomba.


Artikel berkaitan: “Macam tahu-tahu je ada pesaing” –  Abang Bomba Kembali Mencuri Tumpuan, Bawa Sepanduk Lucu Tarik Perhatian

Artikel berkaitan: “Anak dalam perut bakal polis tu” –  Ibu Mengidam Naik Motor Polis, Syukur Hajat Tercapai

Dalam laporan New Straits Times, Sharifah Nor Najwa yang sedang mengandung 35 minggu itu teringin menaiki jentera bomba selepas melihatnya ketika perarakan merdeka pada 31 Ogos lalu.

Suaminya, Syed Amirul Rosyid kemudiannya mengaturkan kejutan buat isterinya yang tercinta itu.

“Dia mengandung anak pertama kami kira-kira tujuh bulan ketika kami berdua menonton perarakan. Sebaik pulang ke rumah, dia mula membelek gambar-gambar jentera bomba dan banyak membaca tentang bomba, kira-kira seminggu kemudian, isteri saya kata dia nak duduk dalam jentera bomba.

Saya anggap dia bergurau dan buang tebiat, saya tak pedulikan sehingga dia mula merajuk dan sering menangis apabila bercakap mengenainya, ketika itu saya tahu dia serius.

Memandangkan saya tidak pasti siapa yang perlu dihubungi (di bomba), saya meminta tolong rakan untuk membuat persiapan yang diperlukan di balai bomba Taman Tas. Saya merancang lawatan ke balai itu sebagai kejutan untuk dia,” katanya.

Setibanya di Balai Bomba Taman Tas, isterinya itu masih dalam kekeliruan sehinggalah Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairul Izhan Mohamed bertanya adakah ini orang yang ingin menaiki jentera bomba itu, isterinya begitu teruja sehingga mengalirkan air mata.

Khairul Izhan berkata selama ini pihaknya menerima pelbagai kumpulan pengunjung termasuk warga emas dan kanak-kanak kurang upaya namun ini merupakan kali pertama mereka menunaikan hasrat wanita hamil menaiki jentera bomba.

Comel sangat!

Sumber: NST, Facebook 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.