in

Ini Perbezaan Antara Abu Lahab & Abu Jahal, Korang Jangan ‘Confuse’ Pulak!

collage 4

Ketika zaman Rasulullah SAW, dua musuh Islam, Abu Jahal dan Abu Lahab memang terkenal dengan kehidupan mereka yang penuh kekejaman dan kebencian terhadap Islam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat kejatuhan Islam.

Namun begitu, tak dapat dinafikan ramai yang keliru dengan Abu Jahal dan Abu Lahab ni, sampaikan ada yang ingatkan mereka orang yang sama. Jadi, kalau korang nak tahu perbezaan antara Abu Lahab dan Abu Jahal serta apa yang perlu dilalui oleh umat Islam terawal ketika itu, korang boleh baca artikel ni.

Hubungan Abu Lahab dengan Rasulullah

Abu Lahab

Abu Lahab merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW. Bapa baginda, Abdullah dan Abu Lahab adalah dari bapa yang sama, Abdul Mutallib tapi dari ibu yang berbeza.

Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdul Uzza bin Abdul Muttalib. Sebelum kedatangan Islam, orang-orangnya telah memanggil Abu Lahab sebagai Abu Utbah kerana Utbah adalah nama anak lelaki pertamanya. Tapi kerana kulitnya yang kemerah-merahan dan seorang yang panas baran, dia turut digelar Abu Lahab (Abu bermaksud bapa kepada manakala Lahab bermaksud menyala-nyala).

Hubungan Abu Jahal dengan Rasulullah

bcfb9 abu thalib

Abu Jahal pula merupakan sepupu kepada bapa Rasulullah SAW. Nama sebenarnya ialah ‘Amr Ibn Hisham. Sebelum ini, dia dikenali sebagai Abu al-Hakam (bapa kebijaksanaan) sehingga Rasulullah tukarkan gelaran tersebut kepada Abu Jahal (bapa kejahilan).

Ini kerana, walaupun dia bijak, fasih, cerdik dan sangat berpengaruh, kualiti-kualiti ini tetap tak mampu untuk memberikan panduan untuk dia mengenepikan keangkuhannya dan menerima kebenaran Islam.

Nama yang disebut dalam Quran

Nama Abu Lahab telah disebut dalam Quran di mana keseluruhan Surah al-Masad diturunkan untuk Abu Lahab selepas dia mencelakan Rasulullah SAW.

Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. – Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. (Surah al-Masad: 1-5)

Namun begitu, nama Abu Jahal tidak disebut di dalam Quran secara terus namun ayat-ayat terakhir di dalam surah al-‘Alaq adalah mengenai Abu Jahal ketika dia menghalang Rasulullah dari menunaikan solat.

Kematian Abu Lahab

Kerana usianya yang telah lanjut, Abu Lahab tidak sertai Perang Badar dan ketika dia duduk di sebuah khemah besar berhampiran Kaabah sebelum berita kemenangan tentera Islam sampai kepadanya.

Dia diberitahu bagaimana lelaki-lelaki berpakaian putih menaiki kuda belang di antara langit dan bumi telah menolong orang Islam ketika berperang.

Turut mendengar berita ini adalah isteri Al-Abbas, Ummu al-Fadl dan hamba Al-Abbas, Abu Rafi. Kedua-dua mereka telah pun memeluk Islam namun merahsiakannya.

Kerana terlalu teruja mendengar kemenangan Islam, Abu Rafi tidak dapat menahan kegembiraannya dan telah menjerit “Demi Allah, itu malaikat!”.

Ekoran ini, Abu Lahab telah memukul Abu Rafi dimukanya dan mencampaknya ke atas tanah sebelum memukulnya beberapa kali.

Kerana tak tahan melihat Abu Rafi diperlakukan sedemikian, Ummu al-Fadl telah mengambil salah satu kayu yang menahan khemah tersebut dan memukul kepala Abu Lahab sehingga cedera parah.

Ekoran dari ini, luka di kepala Abu Lahab tidak pernah sembuh sehingga bernanah sehingga membuatkan orang sekelilingnya merasa jijik.

Abu Lahab meninggal tujuh hari selepas itu dan selama tiga hari mayatnya dibiarkan tanpa diurus, malah isteri dan anak-anaknya juga turut geli untuk kebumikan mayatnya. Kerana bimbang dicemuh, mereka telah mengupah orang untuk menggali lubang untuk Abu Lahab dan membaling batu sehingga mayatnya tertimbus.

Kematian Abu Jahal

Kisah Mujadid cilik dalam perang Badar

Sebagai penghinaan, Abu Jahal telah dibunuh ketika Perang Badar oleh dua pemuda al-Ansar bernama Mu’adh ibn Afra dan Mu’adh ibn Amr. Kedua-dua pemuda ini adalah berasal dari keluarga pekebun yang selalu dipandang rendah oleh kaum Quraish.

Dua Mu’adh ini telah menyerang dia sehingga Abu Jahal jatuh ke atas tanah dan memotong kakinya. Dia tidak boleh bergerak namun masih boleh melihat kemusnahannya. Abu Jahal kemudiannya dipenggal oleh Abdullah ibn Mas’ud.

Kepalanya kemudian dibawa ke Rasulullah yang mengucapkan syukur dan bersabda, “Setiap Ummah ada Firaunnya, dan Firaun Ummah ini adalah Abu Jahal.”

Begitulah pengakhiran kedua-dua musuh Islam ini, semoga menjadi pengajaran buat kita.

Sumber: G.Salam, muftiwp

 

Baca: Sumayyah: Kisah Pengorbanan Wanita Terhebat & Orang Islam Pertama Mati Syahid

collage 1