in

“Ini namanya Tuhan bayar cash!” – 5 Perompak Kena Buat Test Dekat Hospital, Rupanya Pecah Masuk Rumah Pesakit Covid-19

Perampok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanpa mereka sedar, mereka menempah maut. Menurut Kompas, lima individu telah berjaya merompak sebuah rumah di Makassar, Indonesia namun malangnya mereka tidak sedar bahawa mereka mungkin dalam bahaya.

Difahamkan, sebelum merompak mereka sudah pastikan tuan rumah tiada namun ternyata mereka tidak tahu mengapa rumah itu tidak berpenghuni. Rupa-rupanya penghuni rumah itu tiada di rumah kerana mereka disahkan positif Covid-19 jadi mereka perlu dikuarantin di tempat lain.


Rompak1

Meskipun mereka berjaya mencuri 15 gram emas dan kira-kira RM6,000 wang tunai tetapi kesemuanya berjaya ditahan dalam masa 24 jam berikutnya.

Kesemuanya ditahan di balai polis dekat daerah Panakkukang di Makasar dan ditempatkan dalam 5 lokap berasingan kerana takut kebarangkalian jangkitan merebak dengan banduan yang lain. Kelima-lima mereka kemudian dipaksa melakukan ujian saringan Covid-19 di kawasan halaman balai polis tersebut.

Rompak2

Rompak3

Baru seronok dapat duit banyak ekkk…hahaha!

Baca: “Buat hal lah packaging macam tu” – Rider Kena Tahan Time Roadblock, Bila Check Barang Delivery Rupa-rupanya…

Combine Donut

Sumber: Riauin
Sumber: Detiknews
Sumber: Antara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.