in

“Ini memang saja nak seksa kucing!” – Wanita Dikecam Gara-gara Lakukan Pembedahan Plastik Untuk Cantikkan Mata Kucingnya

Befunky Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana tak puas hati dengan mata kucingnya yang dirasakan hodoh, wanita dari China ini sanggup habiskan RM6000 untuk buat pembedahan plastik pada kucingnya.

Wanita ini membawa kucing peliharaannya untuk melakukan pembedahan menambah kelopak mata atau dipanggil Asian blepharoplasty.


Apa yang vet di China ni buat, dia telah memotong kelopak mata kucing tersebut dengan menggunakan skalpel selepas tuan kucing mengatakan yang mata kucingnya terlalu hodoh.

Mata kucing jadi bengkak dan merah

Biasanya, prosedur ini dilakukan oleh pemilik anjing bagi mencantikkan anjing mereka untuk di bawa masuk ke pertunjukan kecantikan.

Tapi, gambar yang didedahkan oleh stesyen TV tempatan menunjukkan pembedahan pada kucing itu tak seperti yang diharapkan.

Kalau korang tengok gambar dekat bawah ni, korang boleh tengok mata kucing ni jadi bengkak dan merah serta ada kesan jahitan dekat bawah mata kucing ini. Kesiannya…

 

10347460 6750717 Image A 18 1551264965638

Wanita ini dikecam hebat oleh netizen

Menurut Daily Mail seorang veterinar mengatakan prosedur ini sebagai prosedur yang tak sihat.

Kami tak pernah bersetuju untuk buat pembedahan pada anjing atau kucing melainkan mereka sakit dan memerlukan pembedahan atas sebab kesihatan,” Menurut Daily Mail.

Kejadian ini turut mendapat kecaman yang hebat pada media sosial di China yang rata-ratanya tak setuju dengan tindakan wanita ini.

 

10347462 6750717 The Woman In Nanjing Jiangsu Province Took The Moggy To The Vet A 16 1551264942316

 

“Kalau setakat nak buat kucing nampak cantik, memang tak patut buat sebab hanya sakitkan binatang je.” 

“Dah tak nampak macam kucing yang sama. Ini memang saja nak seksa kucing,” 

“Ini adalah penderaan binatang – tak kisah langsung dengan perasaan kucing ni,” 

Walaupun pembedahan plastik untuk binatang peliharaan semakin popular, pakar menekankan, prosedur ini adalah untuk fungsi mereka dan bukan hanya untuk kosmetik.

Banyak haiwan yang menderita dari jangkitan, kesukaran bernafas dan masalah mata yang boleh mendapat manfaat dari pembedahan plastik ini.

Pembedahan yang paling biasa dilakukan adalah tummy tucks untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria, naikkan kelopak mata untuk elak dari mencakar kornea dan laser pada hidung untuk membantu anjing yang mempunyai hidung berkedut bernafas.

 

Baca: Pencinta Kucing Tolong JANGAN bagi Panadol Kat Kucing Korang! Ini Yang Berlaku Kalau Kucing Makan Panadol…

Screenshot 2019 03 01 At 12.21.26 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.