in

“Ini ludah jin kan?” – Doktor Terangkan Apa Sebenarnya Urticaria & Puncanya

urticaria

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit berkaitan kulit boleh menjangkiti sesiapa sahaja, walaupun banyak petua dan kaedah tradisional yang dikatakan boleh merawat penyakit sedemikian, kita juga disarankan untuk merujuk kepada doktor yang lebih pakar.

Urticaria atau lebih dikenali sebagai gegata adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak dan biasanya dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius.


Pelbagai pendapat mengenai punca penyakit kulit yang juga dikenali sebagai ludah jin ini, seorang doktor di Twitter, Dr. Lyana Kamal menjelaskan punca sebenar dan apa yang perlu dilakukan jika terkena penyakit ini.

“Pertama sekali, kita kena tahu urticaria ada 2 jenis. Ada yang acute (berlaku <6 minggu) atau chronic > 6 minggu. Acute urticaria boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.”

Ramai yang menyangka urticaria ini berpunca daripada alahan sahaja, doktor ini menjelaskan terutamanya kepada kanak-kanak penyakit ini boleh juga berpunca daripada kuman (bakteria dan virus). Bagaimanapun, dalam 50% kes urticaria ini puncanya masih tidak diketahui dan ia biasanya sembuh dengan sendiri.

Biasanya acute urticaria itu akan hilang dengan sendiri dan jika ia berpunca daripada kuman, beberapa ubat akan diberikan bagi menyembuhkan penyakit kulit tersebut.

Jika ia berpunca daripada alahan dari makanan atau ubat-ubatan, doktor sendiri akan memeriksa latar belakang serta sejarah pemakanan pesakit.

Menurut Dr Lyana Kamal, seorang doktor tidak akan sewenang-wenangnya mendiagnosis seseorang itu dengan alahan, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak, ini kerana alahan terhadap makanan ada kebarangkalian mengganggu nutrisi dan tumbesaran seorang kanak-kanak.

Apa-apa pun sentiasa rujuk kepada pakar ok?

Baca: Pegawai Perubatan Ini Jelaskan Penyakit Endometriosis Yang Kaum Hawa Wajib Tahu!

Untitled design 2022 04 26T160622.074

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.