in

“Ini larian kali pertama” – Untuk Dana & Protes, Syed Saddiq Mulakan Larian 200KM Dari Muar Ke Parlimen

Syed Saddiq Larian 200Km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah memulakan larian 200km sebagai tanda protes kerana tidak mendapat peruntukan sebagai ahli parlimen dari kerajaan.

Difahamkan, inisiatif yang dikenali sebagai Langkah Muar ini juga bagi meraih dana untuk pusat khidmat raya di kawasan tersebut.


Katanya, dana sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan demi memastikan pusat tersebut dapat kekal beroperasi sekaligus membantu rakyat yang memerlukan.

Artikel berkaitan: Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Di Malaysia Kena Hukuman Sebatan, Ini Kisahnya…

Artikel berkaitan: Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Tuduhan Pecah Amanah, Salah Guna Harta & Pengubahan Wang Haram

“Dahulu saya korbankan rambut saya dalam Fundraiser Botak Challenge, buat kelas ThunderBOLD, masak dan jual lasagna serta jadi model untuk jual kurta. Kini saya gunakan kaki pula untuk dana di Muar dan sebagai tanda protes,” katanya menerusi satu posting pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Melalui perkongsian di media sosial pagi ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilihat memulakan larian dari Muar 6.30 pagi tadi. Kelihatan turut bersama-sama Syed Saddiq tiga lagi individu selain diiringi pemerhati bermotosikal.

“20km done. 180km more to go to Parliament. Bermula di Jambatan Muar, kini di Merlimau Melaka. Terharu ramai yang datang berhenti berikan sokongan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Dalam pada itu, Syed Saddiq memaklumkan ini kali pertama beliau melakukan larian 200km dan dijangka akan tiba di Parlimen pada pukul 10 pagi hari Isnin.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.