in

“Ini kalau banjir ni…” – Netizen Seriau Tengok Lelaki Bela Buaya, Biawak Negro Dalam Rumah

bela haiwan eksotik dalam rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minat yang mendalam terhadap haiwan terutamanya haiwan eksotik mendorong beberapa individu yang berkemampuan untuk membela haiwan sebegini seperti haiwan jinak lain di dalam rumah mereka sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter, berkenaan seorang lelaki yang membela pelbagai jenis haiwan eksotik di dalam rumahnya.


Bela buaya, biawak dan arapaima 

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat individu tersebut bersama isterinya menyediakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan dan isi ayam yang belum dimasak untuk menjadi hidangan haiwan belaannya.

Antara haiwan yang dibela lelaki tersebut ialah seperti biawak negro, ikan arapaima seberat 38kg yang berasal dari hutan Amazon dan beberapa ekor buaya bersaiz kecil.

“Cuba bayangkan tiba-tiba banjir besar…” 

Meskipun kelihatan unik dan menarik, keberadaan haiwan-haiwan eksotik di dalam rumah itu telah menimbulkan rasa risau di kalangan netizen jika ia terlepas dek kerana banjir besar dan sebagainya.

Ramai yang menasihatkan agar pengguna TikTok tersebut berhati-hati jika haiwan berkenaan boleh mencederakan jiran sekeliling. Tak cukup dengan itu, ada juga yang merasakan haiwan yang dibela kelihatan stress kerana tinggal di tempat yang sempit.

bimbang haiwan

Kalau min jadi jiran dia memang risau juga. Tapi kalau dia pandai jaga tak apalah. Hobi orang lain-lain kan. Yang penting jaga keselamatan setempat. 

Baca: ‘Kantoi’ Dera Haiwan, Lelaki Guna Nama Zahid Hamidi Kena Serang Dengan Nurul Zahid

zahid

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.