in

“Ini je mama mampu bagi” – Usahawan Mohon Maaf Hanya Mampu Belanjakan RM 1 Juta Untuk Hari Lahir Anak

hadiah hari lahir anak 1 juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang usahawan, Farhana Zahra mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya yang berusia 11 tahun dengan meriah sekali.

Dalam video tersebut, dipaparkan sambutan hari lahir kanak-kanak tersebut diraikan dengan penuh mewah dan kejutan, yang mana Farhana dilihat menghadiahkan anaknya sebuah komputer jenama Apple, jam tangan Rolex dan sebuah kereta Toyota Vellfire.


Wanita itu juga difahamkan telah merahsiakan sambutan hari lahir tersebut untuk membuat kejutan buat anak perempuannya yang bernama Yaya ini.

@farhanazahra91

Selamat ulang tahun Yaya yang ke 11 tahun, besar da anak mama, semoga cita-cita untuk menjadi business women berjaya menjadi kenyataan 🥺 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Maafkan mama, ini je yang mama mampu bagi untuk anak mama. RM 1 juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ini,” katanya.

Artikel berkaitan: “Mak dia nangis weh” – Johan Ghazali Hadiahkan Ibu Jam Tangan Mewah Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan: “Mewah betul” – Khemah Jemaah Haji Korea Di Mina Persis ‘Glamping’, Siap Ada Peti Sejuk Ais Krim!

Tambah wanita ini lagi, kesemua keinginan anaknya sudah ditunaikan setiap hari, oleh itu, bila tiba hari jadi Yaya, dia tidak tahu hendak beri hadiah apa.

Semua keinginan Yaya mama dah penuhi hampir setiap hari. Jadi bila birthday, mama dah tak tahu nak bagi apa. 

“Mama harap dengan pemberian tak seberapa ini, anak mama happy,” tulisnya di dalam video.

Dalam video yang lain, dilihat usahawan tersebut juga turut menghadiahkan sebiji kereta mewah buat bekas pemandu anaknya.

@farhanazahra91

Begini rasanya bila kita dapat buat orang happy ! Menangis cikna tengok video ni 😭😭😭 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Wah untungnya jadi anak dia. Agak-agak dia nak ambil anak angkat tak? Hehehe! Apa-apapun selamat hari lahir buat Yaya. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.